Kestabilan negara bukan hasil kehebatan satu parti – Kamil Munim

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan terbentuk hasil kerjasama pelbagai parti dan pemimpin politik, bukannya disebabkan oleh satu pihak semata-mata, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau mengingatkan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan agar tidak membuat dakwaan berlebihan mengenai peranan masing-masing dalam pembentukan dan kelangsungan kerajaan.

Menurut Kamil, kestabilan tersebut lahir daripada sikap saling menghormati dan persefahaman yang jitu dengan meletakkan keutamaan rakyat dan negara di hadapan, bukan dengan nada dan sikap yang angkuh dan sombong.

“Kita semua tahu Kerajaan Perpaduan ini terbentuk hasil kerjasama banyak pihak, bukan sebab satu kumpulan saja. Tak usah berlagak macam kita lah yang terpaling. Tabiat lama ini nampaknya susah nak hilang.

“Parti yang ada kerusi paling banyak tak ada pun nak berlagak macam ‘kamilah penyelamat negara, kamilah tonggak utama kepada kestabilan politik negara'”, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin

Menurut Kamil, tidak wajar mana-mana pihak menampilkan diri seolah-olah menjadi faktor tunggal kepada kestabilan politik negara kerana kestabilan yang dinikmati hari ini terhasil daripada semangat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti yang membentuk kerajaan.

“Politik zaman ini sudah berubah. Namun nampaknya masih ada pihak yang enggan berubah,” katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah membuat kenyataan bahawa tanpa 30 kerusi BN itu, Pakatan Harapan (PH) tidak akan mendapat majoriti di Parlimen untuk menerajui kerajaan semasa.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor hari ini.

Related Posts

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

PAS dilihat mencipta pelbagai naratif dan percaturan politik untuk memastikan parti itu terus relevan serta berada di puncak kuasa, termasuk memainkan watak mangsa dalam kemelut dengan Bersatu, kata Prof Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills