Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

KEHARMONIAN dalam masyarakat terutama persaudaraan sesama Islam adalah perkara yang amat penting.

Tohmah bukan sekadar isu individu, tetapi wabak sosial yang meracuni ketenangan, ekonomi dan nilai kemanusiaan.

Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Pekan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah berkata, masyarakat Islam perlu kembali kepada prinsip tabayyun (penyiasatan) dan husn al-zann (berprasangka baik).

“Tohmah asalnya perkataan bahasa Arab yang bermaksud prasangka, dugaan atau anggapan tanpa bukti.

“Ia juga dikenali sebagai al-buhtan atau al-ifk dalam konteks fitnah yang berat.

“Pengertian mengikut istilah pula merujuk kepada tuduhan atau dakwaan palsu dilemparkan tanpa bukti.

“Ia juga merujuk kepada perbuatan menuduh seseorang dengan sesuatu kesalahan yang tidak dilakukan – sama ada berkaitan akhlak, kepercayaan atau tindakan,” jelasnya.

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din menjelaskan berkaitan bahaya lisan dengan menyenaraikan tohmah sebagai antara penyakit hati yang berasal daripada sifat hasad, sombong atau buruk sangka (su’ al-zan).

“Ianya boleh merosakkan hubungan sosial dan menjauhkan seseorang daripada rahmat Allah SWT,” tambah Ahmad Irshadi.

Ibnu Taymiyyah dalam kitabnya Majmual-Fatawa menegaskan, tohmah adalah bentuk kezaliman yang dilarang Allah SWT.

Menjaga kehormatan saudara seakidah adalah kewajipan penting seperti menjaga nyawa dan harta.

“Allah SWT berfirman dengan menyatakan larangan dan hukum haram menyebar tohmah iaitu: “Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah segolongan daripada kalangan kamu.

“Janganlah kamu kira bahawa berita itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu…” (Surah an-Nur: 11)

“Ayat itu menjelaskan peristiwa al-ifk iaitu kisah tuduhan zina palsu terhadap Ummul Mukminin Aisyah RA dengan mengecam keras dan mengingatkan penyebar tohmah,” ujarnya.

Selain itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” (Surah al-Hujurat: 12)

Nabi SAW memerintahkan agar menjaga kehormatan Muslim melalui sabda yang bermaksud: “Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Riwayat Muslim)

Hadis itu menjelaskan, perbuatan tohmah adalah melanggar prinsip dengan merosakkan kehormatan seseorang.

Terdapat pelbagai kesan tohmah terhadap masyarakat yang boleh dilihat dan diperhatikan berlaku dalam kehidupan seharian.

Antaranya ia boleh membawa kepada keruntuhan kepercayaan sosial.

Sebagai contoh, tohmah dalam isu politik akan menyebabkan rakyat terbahagi kepada kumpulan ‘pro’ dan ‘anti’ atau polarisasi masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia menyangka hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Hutamah (neraka yang menghancurkan)” (Surah al-Humazah: 1-4)

Ibnu Abbas menjelaskan bahawa pengumpat (humazah) dalam ayat di atas merujuk kepada orang yang suka memfitnah dan menuduh palsu.

Demikianlah, tohmah adalah kejahatan sosial dilarang tegas dalam Islam yang menekankan kepentingan menjaga kehormatan manusia serta mengancam pelakunya dengan balasan dunia dan akhirat.

Related Posts

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

BUDAYA tabayyun atau menyelidik dan memastikan kesahihan sesuatu maklumat perlu diperkasakan dalam kalangan rakyat bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih, terutama ketika media sosial menjadi antara sumber utama masyarakat mendapatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa