Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

PUTRAJAYA – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mencadangkan kerajaan menggubal Akta Sabotaj Ekonomi Negara (ASEN) bagi menangani salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, keperluan akta itu semakin mendesak susulan pelbagai kes rasuah dan salah guna kuasa berskala besar yang membabitkan dana awam, simpanan rakyat serta aset strategik negara.

“Apabila kerugian mencapai skala sedemikian, kesannya bukan lagi terhadap sebuah organisasi semata-mata, tetapi akhirnya ditanggung kerajaan dan rakyat.

“Setiap ringgit yang hilang merupakan sumber negara yang tidak dapat digunakan bagi menambah baik sektor pendidikan, kesihatan, perumahan, keselamatan, infrastruktur dan pembangunan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Putra yang diwakili Setiausaha Agungnya, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif serta beberapa pimpinan parti menyerahkan memorandum perkarangan pondok pengawal keselamatan Pejabat Pedana Menteri (PMO), di sini.

Ibrahim berkata, pengalaman negara berdepan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International, projek Kapal Tempur Pesisir (LCS), FELDA serta isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) menunjukkan kelemahan tatakelola dan penyalahgunaan kuasa boleh memberi kesan besar terhadap kepentingan rakyat.

“Kes-kes sedemikian menunjukkan pola risiko yang sama iaitu penggunaan kuasa dan kedudukan, pengurusan dana atau aset awam, transaksi kewangan kompleks, kelemahan tatakelola serta potensi kerugian besar kepada negara,” katanya.

Menurutnya, ASEN dicadangkan meliputi rasuah berskala besar, penyelewengan dan pecah amanah, manipulasi tender, pakatan sulit serta penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan dana dan aset strategik negara.

Putra turut mencadangkan Ujian Kemudaratan Ekonomi Negara atau National Economic Harm Test (NEHT) bagi menentukan sama ada sesuatu kesalahan sudah mencapai tahap Sabotaj Ekonomi Negara.

“ASEN tidak digunakan terhadap setiap kes rasuah, tetapi dikhususkan kepada kes berskala besar yang telah mencapai tahap kemudaratan ekonomi serius terhadap negara dan rakyat,” katanya.

Ibrahim berkata, penggubalan ASEN juga boleh menjadi langkah memperkukuh reformasi institusi, tatakelola, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan negara.

“Tiada sesiapa terlalu berkuasa untuk disiasat, terlalu kaya untuk didakwa atau terlalu tinggi kedudukannya untuk dihukum apabila wang rakyat dan kepentingan negara menjadi mangsa,” katanya.

Related Posts

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

HASRAT untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan