Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA -Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya, pada Rabu.

Menurut beliau, undang-undang baharu itu hanya membabitkan penyelarasan aspek pentadbiran dan pengurusan bagi universiti serta kolej universiti.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa ada beberapa perkara walaupun sekiranya perlu diwujudkan atau digubal satu rangka undang-undang baharu untuk menyelaraskan aspek pentadbiran dan pengurusan bagi universiti dan kolej universiti.

“Namun aspek-aspek yang membabitkan pelajar dan mahasiswa tidak harus terkandung dalam undang-undang terbabit memandangkan undang-undang sedia ada sama ada undang-undang yang membabitkan polis dan sebagainya adalah terpakai,” katanya pada sidang media, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa aspek yang perlu diuruskan membabitkan pentadbiran universiti dan kolej universiti sebagai institusi pendidikan tinggi.

“Jadi ini yang akan diberikan keutamaan dalam sebarang rangka undang-undang yang menggantikan aspek-aspek tertentu, terkandung waktu ini dalam AUKU,” katanya.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) sudah tujuh kali dipinda sejak ia diperkenalkan pada 1971, dengan pindaan pada 2012 membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

Pindaan terbaru pada 2024 lalu menyaksikan tindakan tatatertib ke atas pelajar di universiti awam tidak lagi tertakluk di bawah kuasa Naib Canselor, sebaliknya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar iaitu menerusi pindaan Seksyen 16B AUKU.

Selain itu, pindaan menyaksikan penambahbaikan kepada Seksyen 15A AUKU yang membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun tertakluk kepada peraturan dan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA