Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Neger (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MoT) membabitkan beberapa aspek.

“Ya, ada beberapa perkara dibentangkan oleh kedua-dua KDN dan juga MOT, memandangkan ada beberapa perkara membabitkan aspek keselamatan, maka saya minta untuk rujuk kepada KDN untuk maklumat khusus.

“Tetapi pelan terbabit sudah dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk tindakan segera bermula hari ini juga,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa memaklumkan, pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan pintu masuk negara akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Beliau berkata, pelan itu akan dibentangkan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berikutan terdapat beberapa elemen di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Menurut beliau, pelan berkenaan disediakan dalam tempoh dua minggu susulan arahan Kabinet supaya kawalan keselamatan di pintu masuk negara diperkukuh menerusi penyelarasan membabitkan pelbagai agensi berkaitan.

Isu kawalan keselamatan lapangan terbang mendapat perhatian susulan beberapa kes membabitkan rakyat Malaysia kebelakangan ini, termasuk penahanan seorang juruterbang Malaysia bersama kira-kira 25 kilogram dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia, baru-baru ini.

Sementara itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri tidak membincangkan mengenai wawancara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama media antarabangsa berhubung isu geopolitik membabitkan China dan Taiwan sehingga mendapat kecaman keras daripada Taipei.

Beliau berkata, isu berkenaan tidak dibangkitkan pada mesyuarat terbabit.

Fahmi ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Taiwan semalam, yang mengkritik kenyataan Anwar dalam satu wawancara baru-baru ini dengan Al Jazeera.

Dalam wawancara itu, Anwar dilapor menyatakan sokongan terhadap dasar Satu China dan berkata faktor sejarah perlu diambil kira ketika mempertimbangkan hubungan Taiwan dengan China.

Kenyataan itu mencetuskan reaksi keras Kementerian Luar Taiwan yang menuduh Anwar membuat kenyataan seperti menggambarkan Taiwan sebagai wilayah yang memisahkan diri daripada China, selain secara terbuka merasionalkan pendirian Beijing untuk menggunakan kekerasan bagi menyatukan semula Taiwan.

Kementerian itu menegaskan bahawa Taiwan adalah sebuah negara berdaulat dan merdeka serta tidak tertakluk kepada Republik Rakyat China.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang