TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus memperkukuh usaha membangunkan ‘Bakat Komoditi’ sebagai pemacu masa depan negara menerusi pelaksanaan Program TVET MyKomoditi yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja mahir, berdaya saing serta berorientasikan industri.

Menterinya, Dr. Noraini Ahmad berkata, selaras dengan perubahan landskap industri agrikomoditi yang semakin moden dan berteknologi tinggi, program berkenaan dilihat sebagai platform strategik untuk mengubah persepsi golongan belia terhadap sektor tersebut.

“TVET kini bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya telah muncul sebagai laluan perdana dalam melahirkan Bakat Komoditi yang berkemahiran tinggi, celik teknologi serta memenuhi keperluan industri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sektor agrikomoditi yang kekal sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara masih berdepan cabaran kekurangan tenaga kerja tempatan, sekali gus memerlukan pendekatan baharu termasuk penerapan mekanisasi dan automasi bagi meningkatkan produktiviti serta menarik minat belia.

Dalam usaha menangani cabaran itu, KPK melalui Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia memperkenalkan Program Jaminan Kerjaya berasaskan konsep ‘Train and Place’ yang menghubungkan latihan kemahiran secara langsung dengan peluang pekerjaan sebenar dalam industri.

Pendekatan tersebut turut diperkukuh melalui kerjasama strategik antara kerajaan, institusi TVET dan pemain industri bagi memastikan latihan yang diberikan selari dengan keperluan pasaran semasa.

“Kira-kira 300 perantis dalam kalangan belia tempatan akan mengikuti latihan berstruktur dalam bidang agrikomoditi dengan penglibatan syarikat perladangan utama negara.

“Langkah ini membuktikan bahawa TVET berupaya melahirkan tenaga kerja berkualiti tinggi yang bukan sahaja memenuhi keperluan industri, malah berpotensi untuk terus diserap ke dalam pasaran pekerjaan,” jelasnya.

Tambah beliau, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Program TVET MyKomoditi turut menyokong pembangunan modal insan yang inklusif, berkemahiran tinggi dan berdaya tahan demi memastikan kelestarian sektor agrikomoditi negara.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lima dokumen kerjasama (MoA) telah dimeterai menerusi kerjasama tiga pihak melibatkan IMPAC sebagai institusi latihan induk KPK, institusi TVET termasuk Sarawak Skills, Kolej RISDA dan Sabah Skills & Technology Centre serta syarikat perladangan seperti SALCRA, SD Guthrie, TH Plantations Berhad, Genting Plantations dan Sawit Kinabalu.

Kerjasama itu dijangka memperkukuh pelaksanaan latihan berasaskan keperluan industri selain menyokong usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia memasuki pasaran pekerjaan.

KPK yakin pemerkasaan ‘Bakat Komoditi’ akan terus mengukuhkan sektor agrikomoditi sebagai tunjang ekonomi negara di samping membuka lebih banyak peluang kerjaya berkualiti kepada generasi muda.

Related Posts

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony
  • AdenAden
  • October 26, 2026

MELAKA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan “memancing undi”…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menurunkan kadar penangguhan giliran menunaikan haji daripada lebih 50 peratus kepada hanya 18 peratus selepas melaksanakan syarat simpanan minimum RM15,000. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak