12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang semalam kerana disyaki memuat naik hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan pada jam 7.10 malam oleh sepasukan polis dari JSJ Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Beliau berkata, dua unit telefon bimbit jenama Samsung berserta kad sim turut dirampas, dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan.

“Tangkapan dibuat susulan siasatan terhadap akaun Facebook ‘Lucas Liam’ yang dipercayai memuat naik kandungan menghina itu pada 2 Mei lepas,” katanya, lapor Bernama.

Menurutnya, kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak 12 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berhubung isu sama manakala permohonan reman terhadap suspek dibuat esok, (hari ini),” katanya.

Kumar turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial, khususnya melibatkan isu sensitiviti agama, raja dan kaum, yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi demi memelihara keselamatan negara,” katanya.

Related Posts

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup institusi pendidikannya di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 mulai Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu yang boleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan