Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PUTRAJAYA – Datuk Seri Rafizi Ramli hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor dari United Kingdom, Arm Holdings.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, memaklumkan bahawa bekas Menteri Ekonomi itu hadir untuk dirakam percakapan pada pukul 10.00 pagi di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, proses merakam percakapan terhadap Rafizi dibuat selepas pembantunya, James Chai, selesai memberikan keterangan selama tiga hari berturut-turut pada minggu lalu.

“Sebanyak 22 keterangan telah diambil, termasuklah dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

“Minggu lalu kita sudah merakam keterangan daripada James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa lalu,” katanya.

Siasatan dibuka pada 16 Februari lalu susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian tersebut dilaksanakan secara tergesa-gesa serta berat sebelah, sekali gus berpotensi memberi implikasi kewangan kepada kerajaan.

Pada 1 April lalu, SPRM memberikan tempoh dua minggu kepada James Chai, yang ketika itu berada di London, untuk tampil membantu siasatan, selain menyatakan kesediaan menanggung kos perjalanan pulang beliau ke Malaysia.

Dalam pada itu, siasatan turut meneliti kemungkinan berlakunya konflik kepentingan, termasuk dakwaan bahawa beberapa individu telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing berkenaan selepas meninggalkan perkhidmatan di sebuah kementerian.

Terdahulu, Rafizi memaklumkan bahawa beliau telah menerima notis daripada SPRM untuk hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya bersama peguamnya dalam membantu siasatan yang dijalankan.

Menurut beliau, kes berkenaan dijangka menjadi perbicaraan yang panjang dan menarik kerana ramai pemimpin utama negara akan dipanggil sebagai saksi, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta barisan menteri.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong