Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Pahang, Kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, walaupun direhatkan daripada sebarang aktiviti politik parti selama tiga bulan, isu membabitkan Nik Nazmi akan tetap menjejaskan corak strategi kempen parti tersebut selain mengurangkan jumlah kehadiran di kalangan penyokong semasa ceramah.

“Walaupun pimpinan lain cuba untuk mengalihkan isu khalwat tersebut dengan menekankan agenda lain termasuk skandal mafia korporat, namun topik tangkap khalwat Nik Nazmi tetap terpahat di minda pengundi.

“Buat masa ini, adalah lebih baik Bersama untuk menjalani tempoh bertenang dan cuba bermuhasabah diri mengenai apa yang diperjuangkan parti itu kerana imej pimpinan parti telah tercemar dengan teruk sehingga meningkatkan potensi calon,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bersama sebelum ini mengumumkan 15 calon bagi menghadapi PRN Melaka akan datang.

Perkara itu diumumkan pengasas bersama parti itu Datuk Seri Rafizi Ramli pada satu majlis pengumuman di Batu Berendam.

Sebelum ini, Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Shahrizan Ramli berkata, Nik Nazmi seharusnya berundur sepenuhnya daripada dunia politik setelah namanya dicemar dengan kes ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ujar Shahrizan, pendekatan yang diambil oleh parti Bersama untuk merehatkan beliau selama tiga bulan telah memberi gambaran yang salah kepada pemimpin masa depan terutama anak-anak muda.

Mengulas lanjut, Muhammad Ariff berkata, politik di Malaysia lebih mementingkan isu moral daripada hal-hal lain kerana tanpa integriti yang kuat, mana-mana pemimpin akan tersungkur dengan mudah dan mengambil masa yang lama untuk kembali kuat.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengetengahkan tujuh muka baharu dan empat calon muda daripada keseluruhan sembilan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebagai langkah membuka ruang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak