Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan berkenaan merangkumi wang tunai RM100 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) serta hamper makanan asas bernilai RM250 tajaan PETRONAS.

Menurutnya, daripada jumlah penerima berkenaan, seramai 55 individu merupakan penerima bantuan kebajikan bulanan, manakala lima lagi menerima inisiatif khas kerajaan Sarawak di bawah seliaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching.

“Bagi sesetengah pihak, musim perayaan mungkin diraikan dengan baju baharu dan juadah mewah, namun bagi keluarga yang bergelut dengan kekangan kewangan, ia sering membawa kebimbangan tambahan.

“Bantuan Sejambak Kasih yang digerakkan sejak lebih dua dekad lalu ini bermatlamat menyalakan harapan agar mereka tahu bahawa mereka tidak pernah bersendirian atau dipinggirkan daripada arus kehidupan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin.

Fatimah berkata, program berkenaan merupakan antara inisiatif kebajikan kerajaan Sarawak dalam membantu golongan memerlukan membuat persediaan menyambut perayaan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Menurutnya, usaha menyantuni golongan rentan, termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga berpendapatan rendah perlu diteruskan bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada menikmati kemeriahan perayaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Program Sejambak Kasih yang turut dilaksanakan sempena Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak, Deepavali dan Krismas telah memanfaatkan seramai 23,037 penerima bantuan kebajikan bulanan di seluruh Sarawak dengan peruntukan RM2.46 juta setakat April 2026.

Menurutnya, pelaksanaan program yang telah berlangsung lebih dua dekad itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menjaga kebajikan masyarakat serta memperkukuh semangat perpaduan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti India di Sarawak atas sumbangan mereka terhadap perkembangan sosial dan kebudayaan negeri sejak abad ke-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Fatimah menyambut baik usaha Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA) yang merancang penganjuran South Asian International Women’s Assembly (SAIWA) di Kuching pada November ini.

“Kerajaan akan terus memastikan tiada anak Sarawak yang tertinggal daripada menikmati nikmat kemakmuran, selaras dengan semangat perpaduan Segulai Sejalai,” katanya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak