Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Suaibatul Aslmiah Abu Bakar, 52, ketika ditemui rakan media di Masjid Saidina Ali bin Abi Talib dekat Bukit Sekilau, di sini.

Menurut Suaibatul Aslmiah, keadaan arwah agak lemah pada pagi tadi, namun masih boleh berbual dengannya dan mempunyai selera makan.

“Dalam dua tiga hari ini, arwah nampak seperti biasa sahaja. Tiada pesanan atau nasihat yang ditinggalkan kepada saya dan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata, arwah mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak, iaitu tiga hasil perkahwinan bersama beliau dan seorang daripada perkahwinan terdahulu.

“Dua anak kami sudah bekerja, masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, manakala seorang lagi masih bersekolah di Tingkatan Tiga dan merupakan anak perempuan bongsu,” katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas solat Isyak.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Related Posts

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak