Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

MELAKA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan “memancing undi” bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, insentif berkenaan diberikan kepada semua pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara selepas diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, baru-baru ini.

“Saya nak betulkan beberapa kenyataan dekat luar, ada yang tanya mengapa hanya di Melaka? Hakikatnya (pemberian bantuan khas kewangan) ini untuk semua pemandu teksi di seluruh negara, bukan di Melaka sahaja.

“Hari ini, saya (sampaikan bantuan khas kewangan) di Melaka, minggu lepas saya di Negeri Sembilan, minggu depan saya pergi Kedah pula, jadi di setiap negeri seluruh negara, pemandu teksi dan kereta sewa juga akan mendapat bantuan khas ini,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Sebanyak 283 pemandu teksi dan kereta sewa menerima baucar sumbangan bernilai RM1,000 setiap seorang pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, pada minggu ini sahaja, terdapat kira-kira 12,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan khas kewangan tersebut bagi meringankan beban ditanggung mereka.

Mengulas lanjut, katanya, pada minggu ini sahaja, terdapat kira-kira 12,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan khas kewangan tersebut bagi meringankan beban ditanggung mereka.

“Yang tidak sempat kita jemput untuk majlis, kita buat pemindahan ataupun bank-in melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Bantuan ini tidak mengira tempat, selagi dia ada kad pemandu yang sah dan mereka sahkan kad pemandu itu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), maka kita akan dapat daftar nama mereka dalam sistem dan akan diberi bantuan RM1,000.

“Bermula hari ini juga, ada lebih 12,000 nama yang akan kita kreditkan (bantuan khas kewangan) dalam akaun bank masing-masing … kita berharap bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Related Posts

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

SERUAN satu akaun dipercayai penyokong Pas supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhkan bagi memberi laluan kepada Pas supaya Malaysia akhirnya mempunyai pemerintah Islam yang pertama mengundang kecaman pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

  • By Aden
  • October 26, 2026
Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan