48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal

KOTA KINABALU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) Sabah terus mengambil serius keperluan meningkatkan perkhidmatan kritikal di Sabah termasuk penggantian peralatan usang dan kemudahan parkir.

Menurut Menterinya, Datuk Julita Mojungki berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengemukakan tuntutan pemantapan perkhidmatan kesihatan Negeri Sabah pada tahun 2024 sebelum ini.

“Ia meliputi tuntutan autonomi, pembangunan fasiliti, peningkatan kualiti perkhidmatan, pertambahan sumber manusia dan perjawatan serta penyediaan bajet yang memenuhi semua keperluan ini.

“Pemantapan ini dirancang bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang sehingga tahun 2035,” katanya ketika menjawab soalan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Julita berkata, tuntutan berkenaan dikemukakan di bawah platform Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Isu dan keperluan perkhidmatan kesihatan Sabah turut dibincangkan secara berkala melalui Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri.

“Hasil daripada usaha berterusan tersebut, sebanyak 48 projek pembangunan fasiliti dan peningkatan kualiti perkhidmatan telah dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta RMK-13,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Luyang, Samuel Wong Tshun Chuen mengenai usaha dan pendirian kerajaan negeri dalam mempercepatkan penyediaan kemudahan kritikal kesihatan di Sabah termasuk parkir hospital dan penggantian peralatan usang, serta garis masa pelaksanaannya.

Tambah Julita, antara projek utama yang dikenal pasti termasuk pembinaan Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II, Pusat Darah Sabah, Klinik Kesihatan Jenis 3 Penampang serta Pusat Pakar Pergigian Sabah.

Selain itu, turut dilaksanakan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 6 di Sg. Manila, Sandakan dan Pulau Sebatik, Tawau.

Turut tersenarai ialah perolehan peralatan diagnostik seperti CT Scan di Hospital Kudat dan Hospital Tawau, PET Scan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, serta naik taraf rangkaian (network) Hospital Negeri Sabah.

Dalam masa sama, Julita berkata, keperluan penambahbaikan kemudahan parkir turut diluluskan sebagai sebahagian daripada skop projek naik taraf fasiliti kesihatan di negeri ini.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat