Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

MIRI – Usaha gigih seorang usahawan muda tempatan memanfaat platform perniagaan digital membuahkan hasil apabila produk madu kelulut yang diusahakannya kini berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Rangkul pelbagai pengiktirafan

Lebih membanggakan, pengasas jenama Trigona Bidara, Miqdad, 32, turut merangkul pelbagai pengiktirafan termasuk dinobatkan sebagai Usahawan Baharu Terbaik TikTok Shop Sarawak Digital Mall baru-baru ini.

Beliau juga memenangi tempat ketiga dalam pertandingan penstriman langsung anjuran platform digital yang sama, selain menerima Anugerah Sarawak Digital Champion Kuala Baram atas inisiatifnya memperkasakan perniagaan menerusi teknologi.

Menurut Miqdad, aplikasi media sosial seperti TikTok dan Facebook memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu beliau membawa jenamanya menjangkau pasaran yang lebih luas melalui penghasilan kandungan kreatif.

“Platform digital amat membantu dari sudut promosi dan kelancaran capaian pelanggan.

Encik Miqdad bersama Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Usahawan (Pembangunan Usahawan) Datuk Dr Ripin Lamat

“Menerusi sesi penstriman langsung dan pemasaran digital yang konsisten, produk kami lebih pantas dikenali oleh pelanggan di peringkat tempatan dan juga luar negara,” katanya.

Dapat permintaan tinggi

Mengulas lanjut mengenai pasaran antarabangsa, beliau berkata, kualiti produk madu kelulut Trigona Bidara kini mula mendapat permintaan tinggi dari luar negara, terutamanya Filipina.

Jelas beliau, terdapat pelanggan dari negara berkenaan yang sanggup membuat tempahan khas bagi menjadikan produk madu kelulut tersebut sebagai cenderamata perkahwinan eksklusif.

Tambahnya, perkembangan positif itu jelas membuktikan produk keluaran tempatan mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu memenuhi cita rasa pasaran luar jika diketengahkan dengan strategi yang betul.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang banyak membuka laluan dan peluang eksport.

Kejayaan Miqdad ini sekali gus membuktikan usahawan tempatan mampu bersaing di peringkat global sekiranya bijak memaksimumkan penggunaan teknologi, pemasaran kreatif dan bantuan agensi kerajaan yang berkaitan.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK