Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

CYBERJAYA – Kerajaan MADANI akan meneliti cadangan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya status bebas cukai di Langkawi dikembalikan bagi merancakkan semula sektor pelancongan di pulau terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, untuk melihat secara keseluruhan langkah untuk menjana ekonomi di Langkawi.

Menurut beliau, cadangan itu wajar diberi perhatian kerana pelancongan di Langkawi kini dilihat sedikit suram sehingga menjejaskan daya tarikan kepada pelancong domestik.

“Kita akan teliti, satu cadangan yang harus diberikan perhatian kerana kedudukan pelancongan di Langkawi itu malap sedikit.

“Saya telah minta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan supaya melihat keseluruhannya di mana boleh dibantu semula kerana kos di Langkawi sudah agak tinggi.

“”Maknanya, kita bersedia meneliti dan menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Kedah, kita akan meneliti,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perkara tersebut sebenarnya telah pun dibincangkan sebelum ini, namun perlu diteliti secara menyeluruh berikutan terdapat pelbagai permintaan lain yang turut perlu dipertimbangkan kerajaan.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Sultan Kedah atas cadangan tersebut dan memberi jaminan kerajaan akan meneliti langkah terbaik demi memulihkan ekonomi pelancongan Langkawi.

Sebelum ini, Sultan Sallehuddin menyeru agar Kerajaan Persekutuan dapat mengembalikan semula status Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan yang dinikmati sebelum ini.

Sultan Sallehuddin bertitah, baginda difahamkan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai masih kekal, namun beberapa keistimewaan yang sebelum ini dinikmati telah dikurangkan.

Titah baginda, ia termasuk pelaksanaan kadar cukai kepada kenderaan yang dihadkan, cukai-cukai kepada produk yang berasaskan tembakau serta barangan lain. 

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang