Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi Kanak-Kanak dan Psikiatri, bagi membantu menjawab persoalan kritikal mengenai punca kematian remaja itu.

Peguam bela Zara, Datuk Rizwandean M. Borhan berkata, saksi pakar yang dijadualkan memberi keterangan termasuk Pakar Tulisan Tangan dan Pemeriksa Dokumen, Dr Linthini Gannetion, Dr Tay Eue Kam dan Dr Dzulkiflee Ismail serta Pakar Sains Forensik, Dr Wan Nur Syuhaila Mat Desa.

“Pihak kami juga akan memanggil, Pakar Psikologi kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli dan Pakar Psikiatri Dr Wong Haw Huo, selain beberapa saksi lain termasuk ahli keluarga Zara.

“Selepas saksi ke-70, Pakar Perunding Psikiatri Forensik Dr Chua Sze Hung akan dipanggil semula kerana kami belum sempat menyoal beliau sepenuhnya.

“Ini juga kali pertama kami akan memanggil pakar kami sendiri dan kemungkinan besar akan terdapat 10 hingga 11 saksi,” katanya ketika sidang media inikues Zara Qairina, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini saksi ke-70, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Mohamad Zaidi Abu telah memaparkan imej perbualan WhatsApp yang diekstrak daripada telefon bimbit berlabel WF11 di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

“Kandungan perbualan itu memberikan gambaran tentang data digital yang diperoleh, termasuk proses pengekstrakan dan analisis bahan bukti oleh pihak polis. Keterangan beliau masih belum selesai dan akan disambung dalam prosiding seterusnya.

“Terdahulu, kes kematian Zara Qairina mendapat perhatian ramai selepas remaja itu meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira pukul 4 pagi.

“Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan pada 13 Ogos 2025 selepas meneliti laporan siasatan polis,” ulasnya.

Dalam pada itu,prosiding inkues dijadualkan bersambung pada 18 Mei 2026 dan keterangan pakar akan diambil bagi membantu dalam menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran