67 Ketua Jaringan Perikanan dilantik perkasa komuniti nelayan Sibu

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B

SIBU – Jabatan Perikanan Laut Sarawak melantik seramai 67 Ketua Jaringan Perikanan (KJP) bagi Wilayah II, Sibu untuk tempoh 2026 hingga 2029.

Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Encik Abdul Rahman Abdul Wahab berkata pelantikan tersebut merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara jabatan dan komuniti nelayan di peringkat akar umbi.

“Ketua Jaringan Perikanan memainkan peranan strategik sebagai penyampai dasar kerajaan, pemudah cara pembangunan serta wakil suara komuniti di lapangan sekali gus memastikan segala maklumat dan bantuan dapat disampaikan dengan berkesan kepada golongan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelantikan dan Program Pengukuhan Ketua Jaringan Perikanan (KJP) Wilayah II di sebuah hotel, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif tersebut selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan komuniti serta pengurusan sumber perikanan secara lestari.

Beliau menegaskan bahawa tanggungjawab sebagai KJP menuntut tahap integriti, kepercayaan dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Sarawak kini mempunyai 202 Ketua Jaringan Perikanan dengan 67 daripadanya ditempatkan di Wilayah II, Sibu.

Katanya, sepanjang tempoh 2021 hingga 2025, sebanyak RM1.018 juta telah disalurkan kepada pengusaha perikanan di Sibu, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh ekonomi komuniti perikanan.

Beliau berkata, program pengukuhan yang berlangsung selama tiga hari itu turut merangkumi pelbagai sesi taklimat dan latihan termasuk pengurusan sumber perikanan, pematuhan undang-undang, keselamatan di laut serta peluang pembiayaan dan pembangunan ekonomi.

Program tersebut dijangka mampu memperkukuh jaringan komuniti perikanan serta meningkatkan kecekapan dan daya saing sektor perikanan di Sarawak.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman