Pendekatan proaktif dengan Kerajaan Persekutuan tangani keperluan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Sabah mempergiat usaha memperkukuh sistem kesihatan negeri dengan mengangkat keperluan kepada Kerajaan Persekutuan, susulan peningkatan permintaan perkhidmatan serta cabaran kapasiti di hospital utama.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Julita Majungki berkata, pendekatan proaktif melalui libat urus strategik dengan Putrajaya akan terus diperkasa bagi memastikan keperluan Sabah diberi perhatian dalam perancangan nasional.

“Kita tidak boleh sekadar merekodkan isu, apa yang dibangkitkan di peringkat lapangan mesti diterjemahkan kepada tindakan melalui komunikasi yang lebih jelas dan berkesan dengan Persekutuan.

“Peningkatan jumlah pesakit serta beban kerja petugas sejak beberapa tahun lalu menunjukkan keperluan penambahbaikan menyeluruh dalam sistem kesihatan negeri,” ujarnya dalam lawatan kerja ke Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada Selasa.

Tamnah Julita, berdasarkan dapatan lawatan kerja itu, ia mengesahkan tekanan berterusan terhadap sistem kesihatan negeri, berikutan peningkatan jumlah pesakit serta beban tugas petugas kesihatan yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai hospital rujukan utama, HQE kini beroperasi dalam keadaan kapasiti tertekan, mencerminkan cabaran lebih luas dalam sistem kesihatan Sabah yang memerlukan intervensi segera di peringkat dasar.

“Sebahagian besar isu yang dihadapi adalah bersifat struktur dan tidak boleh diselesaikan dalam jangka masa singkat dan tiada penyelesaian segera.

“Penyelesaian kepada masalah ini memerlukan perancangan jangka panjang, tetapi pada masa sama isu kritikal mesti diberi keutamaan sekarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Julita berkata, dalam taklimat bersama pengurusan hospital, antara keperluan mendesak yang dibangkitkan termasuk peningkatan kapasiti, naik taraf fasiliti dan peralatan, serta penambahbaikan kecekapan operasi bagi menangani kesesakan.

“Cadangan turut merangkumi peluasan infrastruktur, penstrukturan semula aliran pesakit dan pengukuhan perkhidmatan sokongan bagi mengoptimumkan sumber sedia ada.

“Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan suara Sabah terus dibawa ke peringkat Persekutuan.

“Langkah ini adalah sebagai isyarat jelas Sabah mahu pendekatan lebih agresif dalam menuntut keadilan peruntukan dan perhatian terhadap sektor kesihatan negeri itu, selari dengan peningkatan keperluan rakyat,” katanya lagi.

Dalam masa sama,Julita turut menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan petugas kesihatan yang menjadi tulang belakang sistem, terus berkhidmat walaupun berdepan tekanan tinggi dan kekangan sumber.

“Saya sendiri menyaksikan beban kerja mereka yang berat. Pengorbanan ini tidak ternilai dan wajar diberi perhatian serius,” katanya.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik