35 usahawan sertai Program Bina Kerjaya Perkeso bersama Akademi Diyana

PULAU PINANG – Program Bina Kerjaya Perkeso berjaya memastikan pekerja tidak formal khususnya yang terbabit dalam ekonomi gig berpeluang mengikuti program pembangunan kerjaya dan latihan kemahiran microcredential.

Di Pulau Pinang, Akademi Diyana dengan kerjasama Perkeso telah menjalankan enam kursus termasuk kelas mewarna rambut, memotong rambut, urutan, solekan, amalan perbidanan dan penjagaan pantang, dan asas urutan badan relaksasi.

Kursus jangka pendek yang dijalankan selama lima hari bermula 9 Julai hingga 13 Julai 2024 di Wisma UMNO Bahagian Kepala Batas itu telah memberi peluang pembangunan kerjaya kepada 35 peserta dari sekitar Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Akademi Diyana Sdn Bhd, Diyana Sofea berkata, kursus dengan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti ini penting untuk membawa usahawan dan penggiat ekonomi gig untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka pada skala lebih besar.

“Untuk kursus yang kita jalankan bersama Perkeso seperti ini, harapan kita agar mereka tidak berhenti di situ sahaja, kerana tenaga pengajar yang saya lantik adalah dari kalangan usahawan yang sudah bertahun pengalaman dalam bidang mereka.

“Apa yang saya beri (kursus) kepada mereka di bawah Perkeso ini, kita sedang bekerjasama dengan Perda yang juga merupakan satu platform kepada usahawan di Pulau Pinang khususnya, Perda dalam masa sama bagi penambahan skil serta pensijilan yang diiktiraf.

“Seperti kebanyakan daripada mereka, mereka bagus dalam bidang masing-masing tetapi tidak mempunyai pensijilan yang diiktiraf untuk mereka pergi jauh membawa jenama mereka,” katanya kepada The Malaysia Press.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan, Kerajaan Madani menyediakan sebanyak RM35 juta antaranya untuk membiayai yuran latihan dan insentif gantian pendapatan kepada 9,000 pekerja gig yang menghadiri program latihan.

Dalam masa sama, kerajaan juga memberikan komitmen untuk menambah baik program perlindungan sosial bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi