MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.

‎Ketua Jabatan Kebajikan Mahasiswa MPP UMS, Mohamad Furkhan Abdullah berkata, tindakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor yang turun padang pada Selasa jelas menunjukkan komitmen dan keprihatinan tinggi terhadap kebajikan pelajar.

‎“Lawatan turun padang ini memberi keyakinan kepada kami bahawa pihak universiti benar-benar serius dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap isu yang dihadapi.

‎”Kami juga ingin merakamkan penghargaan atas pengumuman pemberian bekalan air mineral kepada semua pelajar di kolej kediaman.

‎“Pemberian air mineral ini bukan sahaja meringankan beban pelajar, malah memberi jaminan bahawa kebajikan dan kesihatan mereka terus menjadi keutamaan pihak universiti,” ujarnya dalam kenyataan media di sini pada Khamis.

‎Dalam masa sama, MPP turut menzahirkan penghargaan di atas keputusan universiti melaksanakan kuliah secara dalam talian sepanjang tempoh gangguan.

‎“Langkah ini dilihat sebagai satu strategi yang baik dalam mengurangkan penggunaan air di kampus tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan sesi akademik pelajar.

“Ia secara langsung mengurangkan penggunaan air dan membantu mengurangkan impak kepada pelajar yang masih berada di dalam kampus,” katanya.

Selain itu, pengumuman mengenai peranan Dapur Siswa sepanjang tempoh gangguan bekalan air turut disambut baik oleh pelajar.

‎Inisiatif tersebut katanya, memastikan pelajar yang terjejas terus mendapat akses kepada makanan yang mencukupi.

‎Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Sepanggar merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, bekalan air dijangka kembali pulih dalam tempoh terdekat.

‎Menurut Mustapha, ketika ini pihak JANS sedang dalam proses menstabilkan semula bekalan air, manakala bantuan lori tangki air turut digerakkan ke kawasan terjejas sebagai langkah jangka pendek bagi memastikan keperluan asas pengguna terus dipenuhi.

‎Sehubungan itu, MPP menyeru seluruh warga kampus untuk terus mendoakan agar segala usaha dan kerja-kerja pemulihan bekalan air dipermudahkan dan gangguan bekalan dapat ditangani segera.

‎Gangguan bekalan air yang melibatkan kawasan Alamesra dan UMS dilaporkan berpunca daripada beberapa kerosakan di lokasi tertentu. Namun, kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan oleh pihak JANS.

Related Posts

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

KUANTAN – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang komited memperkukuh hubungan rapat dengan masyarakat menerusi penganjuran Program Hari Bersama Pelanggan bersempena sambutan ulang tahun ke-24. Program berlangsung meriah di Kuantan ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi