SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

KUANTAN – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang komited memperkukuh hubungan rapat dengan masyarakat menerusi penganjuran Program Hari Bersama Pelanggan bersempena sambutan ulang tahun ke-24.

Program berlangsung meriah di Kuantan ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, malah turut menjadi platform utama SSM dalam meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai perkhidmatan ditawarkan.

Antara pengisian utama program adalah sesi taklimat dan pendaftaran perniagaan khas buat 50 pelatih Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) negeri Pahang.

Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai dunia keusahawanan serta memberi penekanan tentang kepentingan mendaftarkan perniagaan secara sah di bawah undang-undang.

Bagi memudahkan urusan pengunjung, SSM menyediakan pelbagai kaunter perkhidmatan secara terus seperti khidmat nsihat perniagaan, pengaktifan ID pengguna dan pengurangan kompaun.

Turut disediakan penerangan berkaitan kesedaran dan amaran mengenai penipuan atau scam bagi melindungi orang awam daripada penipuan perniagaan.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti interaktif, termasuk kuiz sistem EzBiz SSM yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menguji pengetahuan mereka mengenai sistem pendaftaran atas talian tersebut.

SSM membuktikan kecaknaannya terhadap golongan memerlukan menerusi serahan wakalah zakat kepada 10 orang asnaf di sekitar daerah Kuantan.

Selain itu, sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) turut disampaikan kepada pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan di pejabat SSM Pahang sebagai simbolik penghargaan ke atas dedikasi dan komitmen mereka menjaga kesejahteraan persekitaran kerja.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi