Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang

KUALA LUMPUR – Sektor pembuatan dijangka mengekalkan pertumbuhan dalam tempoh terdekat walaupun pengeluarannya agak sederhana pada Mei selain bacaan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Jun jatuh di bawah 50.0 kepada 49.9 berbanding 50.2 yang disaksikan semasa Mei.

Kenanga Investment Bank Bhd berkata keyakinan ini berpunca daripada jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi berkemungkinan mendapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.

“Selain itu, industri berorientasikan domestik dijangka kekal mantap, dirangsang oleh permintaan tempatan yang kukuh selepas didorong oleh pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ketibaan pelancong yang semakin meningkat dan keadaan pasaran buruh yang stabil,” katanya dalam laporan Economic Viewpoint firma penyelidikan itu pada Isnin.

Bagaimanapun, Kenanga berkata pertumbuhan tersebut menghadapi risiko penurunan daripada faktor luaran seperti impak krisis Laut Merah ke atas kesesakan pelabuhan global, ketegangan perdagangan AS-China yang diperbaharui termasuk perang Rusia-Ukraine yang masih berterusan.

“Berdasarkan pengeluaran perindustrian domestik yang positif pada April serta Mei (purata: 4.2 peratus) dan permintaan domestik yang kukuh seperti yang dicerminkan dalam prestasi perdagangan pengedaran (purata: 6.8 peratus) semasa tempoh yang sama, kami menjangkakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang lebih baik pada suku kedua 2024 iaitu sebanyak 5.1 peratus.

“Oleh itu, kami mengekalkan unjuran KDNK 2024 kami pada 4.5 peratus hingga 5.0 peratus (2023: 3.6 peratus),” katanya.

Sebuah lagi bank pelaburan, Public Investment Bank Bhd, menjangkakan prospek pertumbuhan sektor perindustrian yang lebih baik.

Bagaimanapun, permintaan luar kekal sebagai faktor risiko kritikal yang boleh memberi kesan ketara kepada prestasi domestik.

Walaupun terdapat risiko menurun, peningkatan yang dijangkakan dalam eksport elektronik, ditambah dengan kesan asas yang menggalakkan, mungkin akan mengurangkan beberapa kesan negatif.

“Kami meramalkan eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia akan menokok 5.4 peratus dari tahun ke tahun pada 2024. Selain itu, kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK global mencecah 3.0 peratus pada 2024,” kata Public Investment Bank.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd berkata dengan latar belakang global sekarang ini, aktiviti pembuatan Malaysia dijangka kekal menyokong pada masa hadapan, meraih limpahan daripada pemulihan teknologi global dan kedudukannya dalam rantaian semikonduktor.

Berikutan itu, bank pelaburan tersebut mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNKnya pada 4.8 peratus dari tahun ke tahun bagi tahun ini.

Jabatan Perangkaan (DoSM) pada Jumaat lepas melaporkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia naik sederhana sebanyak 2.4 peratus dari tahun ke tahun pada Mei 2024 .

IPI kekal positif pada Mei 2024 (April 2024: 6.1 peratus), dengan sektor pembuatan tumbuh 4.6 peratus (April 2024: 4.9 peratus) dan pengembangan 4.2 peratus dalam pengeluaran elektrik (April 2024: 7.8 peratus).

Namun, pengeluaran dalam keluaran sektor perlombongan menjunam 6.9 peratus berbeza dengan pertumbuhan dua angka sebanyak 10.0 peratus yang dicatatkan pada April 2024. Berbanding bulan sebelumnya, IPI melantun semula kepada 3.5 peratus daripada -7.6 peratus.

Related Posts

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen 5.25 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM514.20 juta, bagi tahun kewangan 2024 (TK2024). Pengagihan dividen berkenaan menyaksikan peningkatan ketimbang RM485.08 juta yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta