Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

PUTRAJAYA – Malaysia dan Mesir bakal mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama pada suku pertama tahun depan bagi memperluas kerjasama perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan penerbangan serta meneroka peluang ekonomi baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui oleh menteri luar kedua-dua negara sebagai usaha memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.

“Walaupun perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 74.7 peratus pada tahun ini, pertumbuhan tersebut masih berasaskan nilai perdagangan yang relatif rendah sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Anwar berkata, Mesir yang merupakan antara negara penting di dunia Arab dan benua Afrika menawarkan peluang besar kepada Malaysia untuk memperluas perdagangan serta meningkatkan pelaburan.

Menurutnya, perkembangan positif ekonomi Mesir di bawah kepimpinan El-Sisi turut membuka ruang kepada kedua-dua negara untuk meneroka kerjasama dalam sektor pelancongan dan bidang lain yang berpotensi.

Katanya, Malaysia turut melihat peluang besar untuk memperluas kerjasama dengan Mesir dalam sektor semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E), pertanian serta farmaseutikal.

“Kami sedang berusaha mendapatkan bekalan produk farmaseutikal dari negara ekonomi sedang pesat membangun, termasuk negara anggota BRICS. Saya melihat Mesir berpotensi menjadi antara sumber bekalan produk farmaseutikal bagi Malaysia,” katanya.

Beliau berharap mesyuarat berkenaan dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama dan memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Mesir demi manfaat bersama.

Related Posts

Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

TANGGA BATU – Teknologi satelit Starlink yang lebih kecil, mudah dibawa dan menjimatkan tenaga bakal menjadi antara alternatif bagi menyediakan capaian internet di kampung Orang Asli di samping kawasan pedalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti kerangka kawal selia dan pelesenan baharu bagi platform e-dagang untuk membendung pendaftaran serta penjualan barangan terlarang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM