MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengambil perhatian serius terhadap aduan berkaitan kemudahan awam dan persekitaran Pasar Tanjung Tawau selain berusaha memastikan tindakan penambahbaikan dilaksanakan secara berperingkat.

Presidennya, Mohd Shoffian Mohd Said berkata, pihaknya sedang melaksanakan beberapa tindakan penambahbaikan bagi memastikan kemudahan di pasar berkenaan berada dalam keadaan lebih baik.

“Bagi isu lif rosak, MPT kini dalam proses melantik konsesi baharu untuk menjalankan kerja pembaikan dan penyelenggaraan lif di bangunan UTC.

“Ini kerana konsesi sebelum ini telah menarik diri dan memaklumkan tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan penyelenggaraan lif berkenaan.

“Bagaimanapun, sementara menunggu kerja pembaikan dilaksanakan, orang awam yang ingin berurusan di UTC atau membeli barangan di tingkat atas pasar boleh menggunakan lif alternatif yang terletak di dalam pasar bersebelahan gerai kopi,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Mengenai isu kebersihan khususnya masalah tikus, Mohd Shoffian berkata, MPT melalui Seksyen Kesihatan Persekitaran menjalankan kawalan serangga perosak secara rutin sebanyak tujuh kali sebulan.

“Kaedah yang digunakan termasuk pemasangan perangkap dan penggunaan racun bagi tujuan pemantauan indeks tikus.

“MPT juga melantik syarikat kawalan serangga perosak bagi melaksanakan kerja kawalan termasuk pemasangan kotak racun tikus (TRBS), meletakkan racun dan umpan di kawasan strategik serta di sekitar bahagian luar bangunan,” ujarnya.

Tambah Mohd Shoffian, sebahagian kawasan pasar kini sedang menjalani kerja pengubahsuaian termasuk kerja menaik taraf pendawaian elektrik.

“Pihak penjaja juga disarankan supaya lebih berdisiplin dan tidak membuang sisa makanan atau barangan ke dalam saluran paip kerana tindakan itu boleh menyebabkan masalah menjadi lebih serius.

“Selain itu, operasi tandas awam di bawah pentadbiran MPT juga adalah seragam iaitu bermula pukul 7 pagi hingga 4.30 petang setiap hari, ” jelasnya.

MPT juga akan melaksanakan kerja pembaikan kecil paip tersumbat selain bercadang menjalankan kerja penyelarasan semula saluran paip sebagai penyelesaian jangka panjang.

Related Posts

RM204 juta bagi Sistem Statcom, Southern Link diteruskan di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan memperuntukkan RM204 juta bagi pemasangan Sistem Statcom di dua pencawang utama di Sabah, selain meneruskan projek Talian Penghantaran Southern Link bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan tanggung caruman Perkeso 40,000 imam, bilal, guru takmir

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir menerusi Tabung Haji. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah