Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

SARATOK – Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Yang Berhormat (YB) dan ketua jabatan menentang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bukan sekadar medan sukan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan serta kerjasama antara kedua-dua pihak.

Perlawanan yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Saratok itu merupakan antara program sempena Pesta Saratok 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, penganjuran perlawanan berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan dengan KMKK, sekali gus mewujudkan kerjasama yang dapat dijadikan contoh kepada masyarakat.

“Objektif penganjuran ini adalah untuk mengeratkan hubungan jabatan-jabatan kerajaan dengan KMKK supaya menjadi contoh kepada masyarakat untuk bekerjasama dalam segala hal.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak,” katanya.

Dalam perlawanan itu, pasukan VIP yang dibarisi YB dan ketua jabatan mencatat kemenangan 8-3 ke atas pasukan KMKK.

Perlawanan berkenaan turut berlangsung dalam suasana santai dan mesra, selaras dengan usaha memperkukuh hubungan antara jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat setempat.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran