Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Oleh Jasmine Ae, Nana Mohamad dan Eveline B

KUCHING – Isu kos sara hidup, pengekalan bantuan kewangan, peluang pekerjaan serta sokongan kepada golongan mahasiswa merupakan antara harapan utama yang disuarakan rakyat menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Tinjauan mendapati rata-rata rakyat mahu kerajaan menstrukturkan inisiatif yang memberi kesan langsung bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian.

Bagi suri rumah, Lucy, 38, tekanan kos sara hidup memberi kesan ketara kepada pengurusan perbelanjaan keluarganya, merangkumi keperluan dapur, bil utiliti dan kos persekolahan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau menaruh harapan agar inisiatif bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat diteruskan kerajaan.

“Kalau boleh, jumlah bantuan ini ditambah dan syarat kelayakannya diperluaskan supaya lebih ramai keluarga yang benar-benar memerlukan dapat menerima manfaat.

“Inisiatif yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat amat penting bagi membantu keluarga menghadapi tekanan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, bagi golongan belia dan pelajar, Mohd Firdaus Ismail, 23, beliau berharap kerajaan dapat memperluas penyaluran bantuan khusus untuk mahasiswa bagi menampung kos pengajian dan sara hidup di kampus.

“Selain bantuan kewangan, saya harap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak peluang latihan dan kemahiran percuma di universiti supaya kami lebih bersedia sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

“Graduan masa kini amat memerlukan peluang pekerjaan dengan penawaran gaji yang bersesuaian serta prospek masa depan yang lebih terjamin,” jelasnya.

Sementara itu, pekerja swasta, Arina Sazali, 33, pula mahu pihak kerajaan memberi perhatian serius terhadap peningkatan kos sara hidup dengan menyediakan lebih banyak insentif bersasar.

“Saya berharap lebih banyak bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Pada masa sama, kemudahan awam dan perkhidmatan asas juga perlu terus ditambah baik bagi memudahkan urusan rakyat,” katanya.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR