Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

KANOWIT – Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan luar bandar terus diberi perhatian bagi memastikan keperluan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah dapat dipenuhi secara berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, kira-kira 90 peratus projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan berkenaan telah siap dilaksanakan setakat ini, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, kelancaran pelaksanaan sesuatu projek banyak bergantung kepada beberapa perkara termasuk status dan pemilikan tanah, laluan serta kesediaan tapak bagi memastikan projek yang diluluskan dapat dilaksanakan sehingga siap. Menurutnya, masyarakat juga perlu memahami prosedur permohonan serta bersabar dengan proses pelaksanaan projek.

“Semangat ‘Segulai Sejalai’ juga perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat sebagai landasan untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada Program Segulai Sejalai Enggau YB Anyi Anak Jana di Rumah Rengga Ak Chabi pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Anyi turut menggalakkan masyarakat memanfaatkan peluang mengemukakan permohonan projek pembangunan melalui Agensi Pembangunan Industri Luar Bandar Sarawak (MIRRDA), selain memaklumkan bantuan berkaitan pembinaan rumah panjang baharu dan kerja-kerja baik pulih rumah panjang melalui agensi berkaitan.

Sementara itu, Kaunselor Galana Samangg​ang berkata, kehadiran wakil rakyat yang kerap turun padang dan mengunjungi rumah panjang membolehkan isu serta keperluan penduduk dikenal pasti dengan lebih dekat.

Penghulu Dunstan Mandau pula menyentuh beberapa isu termasuk pertukaran alamat rumah panjang, tanah dan sempadan kawasan serta kelewatan sesetengah projek, selain menekankan kepentingan semangat ‘Segulai Sejalai’ dalam memelihara keharmonian masyarakat.

Turut hadir Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jelani Ajang; Pegawai Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak, Bernard Salvest​er; Penghulu, Dunstan Mandau; serta tuai-tuai rumah dan kapitan-kapitan.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR