Peletakan jawatan Lee Chean Chung tidak jejas penduduk PJ – Fahmi

SHAH ALAM – Peletakan jawatan Lee Chean Chung sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat Chean Chung dan menyerahkan kepada bekas wakil rakyat itu untuk menentukan hala tuju seterusnya.

“Kita hormati keputusan beliau. Selamat maju jaya kepada beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program ‘Madani Kita Bersama-sama’ Komuniti Kota Anggerik di Dewan Melati, Seksyen 7, di sini.

Menurut Fahmi, perkara yang lebih penting ketika ini adalah memastikan kepentingan dan kebajikan penduduk Petaling Jaya terus diberi perhatian meskipun berlaku perubahan di peringkat wakil rakyat.

Beliau berkata, pihak berkaitan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Cabang, Ahli Majlis serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) akan memainkan peranan dalam menyalurkan keperluan penduduk Petaling Jaya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi dan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKom), Mohd Hisyamuddin Ghazali.

  • Related Posts

    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

    LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    • By Fatin
    • October 7, 2026
    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

    • By Ezmie
    • October 7, 2026
    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

    Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

    Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

    Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

    • By Ezmie
    • October 7, 2026
    Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

    CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

    CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

    KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

    • By Ezmie
    • October 7, 2026
    KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun