
SHAH ALAM – Sambutan yang diterima bagi Program MADANI Kita (PMK) sangat baik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi .
Beliau berkata, sambutan tersebut bermula sejak semalam dengan Karnival Masjid, juga di kawasan berdekatan memberi pelbagai kelebihan kepada masyarakat setempat.
“Kerajaan MADANI sedang membawa kita ke arah yang betul, kita tak boleh nafi, kalau buka sosial media, macam-macam, naik gaji tak betul, bagi subsidi minyak pun marah.
“Tapi, jangan terlalu emosi dan sentimen, mudah-mudahan dalam dewan ini hari ini tak tergolong netizen yang baca tajuk saja,” katanya ketika berucap pada PMK dekat sini hari ini.
Najwan yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawan Selangor menegaskan betapa pentingnya hubungan rapat antara kerajaan negeri, pusat dan rakyat agar semua berita palsu dapat dibendung.
“Kadang-kadang kita tak rasional, walaupun telefon kita beli untuk kegunaan belajar tapi media sosial boleh jadi lubuk scammer dan pedofiloa.
“Saya pun beberapa kali kena scam, rupanya warga asing yang minta bantuan, sebab kita pun terdedah dengan penipuan jika tidak peka,” katanya lagi.
Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKom), Mohd Hisyamuddin Ghazali.







