Pas di persimpangan: Perlukah Wawasan dikorbankan demi UMNO? – AMK

PAS kini dilihat perlu melakukan satu lagi ‘korban’ politik sekiranya mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, korban tersebut ialah Wawasan yang ternyata menjadi antara punca utama aspek pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas terus menemui jalan buntu.

“Dilema Pas pada ketika ini yang kami dengar ialah apakah Pas sanggup untuk mengenepikan Wawasan sekiranya mahu meneruskan hasrat kerjasama dengan UMNO.

“Kami mendapat maklumat bahawa UMNO mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Bersatu, yang kebanyakan telah sertai Wawasan,” jelas beliau.

Baru-baru ini, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap Perikatan Nasional bukan sekadar tamparan kepada Pas atau BN.

Ujar Rafizi, sebaliknya ‘pukulan maut’ sebenar jatuh kepada parti Wawasan yang bergantung kepada jentera PN.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Iman, Pas kini terpaksa berdepan dengan lebih banyak dilema selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu demi memenuhi permintaan UMNO.

“Sudahlah UMNO mahu jawatan Perdana Menteri dan bertanding di lebih banyak kerusi berbanding Pas, kini UMNO juga mahu Pas korbankan Wawasan sekiranya mahu adakan kerjasama PRU16,” jelasnya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun