‎Kematian gajah jantan di Kinabatangan disiasat menyeluruh – Jafry ‎

‎KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian seekor gajah jantan yang ditemukan di Sungai Kinabatangan, termasuk kehilangan kedua-dua gading haiwan berkenaan.
‎
‎Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, siasatan akan menentukan punca sebenar kematian serta sama ada terdapat unsur penglibatan manusia atau pelanggaran undang-undang hidupan liar.
‎
‎“Punca sebenar kematian masih belum dapat ditentukan dan kita masih menunggu keputusan makmal serta laporan penuh bedah siasat.
‎
‎“Kerajaan Negeri memandang serius kejadian ini dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur penglibatan manusia atau pelanggaran undang-undang,” ujarnya dalam kenyataan media pada Sabtu.
‎
‎Menurut Jafry, laporan awal diterima mengenai seekor gajah mati di sungai berhampiran Pontian Plantation sebelum pasukan Rapid Response Team (RRT) bersama Renjer Kehormat Hidupan Liar dari Sukau digerakkan ke lokasi.
‎
‎”Bangkai gajah ditemukan berhampiran Angco Jaya Plantation dan Lot 4, Santuari Hidupan Liar Kinabatangan selepas dipercayai hanyut ke hilir dari lokasi asal.
‎
‎“Bangkai itu ditarik ke tebing sungai dengan bantuan jentera Angco Jaya Plantation bagi membolehkan pemeriksaan fizikal dan bedah siasat dijalankan.
‎
‎“Gajah berkenaan dikenal pasti sebagai gajah jantan dengan ketinggian kira-kira enam kaki, berusia antara 14 hingga 18 tahun dan dipercayai sudah mati antara empat hingga lima hari sebelum ditemukan,” kongsinya.
‎
‎Tambah Jafry, pemeriksaan menemukan beberapa kecederaan pada tubuh haiwan itu, manakala kedua-dua gadingnya didapati hilang.
‎
‎”Sebarang kaitan antara kecederaan, kehilangan gading dan kematian gajah itu hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai.
‎
‎”Bedah siasat telah dijalankan JHLS pada 1 Oktober lalu dengan sampel organ serta kandungan perut diambil untuk analisis makmal.
‎
‎”JHLS turut mengambil keterangan daripada individu yang pertama kali melaporkan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan.
‎
‎“Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil dan menyalurkannya kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah dengan segera.
‎
‎“Perlindungan hidupan liar Sabah adalah tanggungjawab yang dipandang serius dan setiap kejadian seperti ini perlu disiasat berdasarkan bukti,” katanya.
‎
‎Jafry turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu sehingga hasil siasatan dan analisis saintifik diperoleh.

Related Posts

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

TEMERLOH – Seramai 59 peserta, termasuk warga emas tekun mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam, dekat Temerloh Jaya sejak 312 minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

KOTA KINABALU – Jawatankuasa khas bagi menangani banjir dicadang diwujudkan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Sepanggar.‎‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

  • By Ezmie
  • October 3, 2026
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

  • By Fandi
  • October 3, 2026
‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat

  • By Fatin
  • October 3, 2026
Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat