Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan My EG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd, kedua-duanya di bawah Kumpulan MYEG, sebagai ejen kutipan jabatan itu berkuat kuasa Isnin ini.

Penggantungan itu dibuat susulan isu pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian, selain tanggungjawab syarikat yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penggantungan berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 5 Oktober ini, membabitkan semua perkhidmatan JPJ yang ditawarkan menerusi saluran Kumpulan MYEG.

Beliau berkata, keputusan itu tidak akan menjejaskan kesinambungan perkhidmatan jabatan berkenaan kerana orang ramai masih boleh menggunakan saluran rasmi dan alternatif yang disediakan.

“Bagi urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor, orang ramai boleh menggunakan kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ, kios JPJ, kaunter JPJ Mobile, cawangan Pos Malaysia dan Puspakom bagi kenderaan persendirian serta perdagangan bawah kategori de-controlled,” katanya dalam kenyataan.

Bagi pembaharuan Lesen Memandu Malaysia, orang ramai boleh menggunakan kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ, kios JPJ, kaunter JPJ Mobile dan Pos Malaysia.

Saluran sama turut disediakan bagi permohonan Lesen Belajar Memandu serta urusan semakan dan pembayaran saman.

Sementara itu, urusan pertukaran hak milik kenderaan boleh dilakukan menerusi kaunter JPJ, kios JPJ bagi transaksi motosikal individu persendirian warga tempatan, Portal Awam JPJ dan syarikat eAuto.

Aedy berkata, tempahan Ujian Undang-Undang Komputer (KPP01) yang dibuat menerusi MYEG sebelum 5 Oktober masih boleh diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun, tempahan baharu mulai tarikh itu perlu dibuat menerusi pusat ujian KPP di institut memandu seluruh negara.

Bagi pembayaran saman membabitkan warga asing di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, kemudahan akan disediakan menerusi Unit JPJ Mobile di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor, dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi bagi memastikan urus niaga berjalan lancar dan selamat.

“JPJ kekal komited untuk memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada awam serta memastikan setiap urus niaga dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengesahkan kepada portal berita perniagaan The Edge bahawa Zetrix AI mempunyai tunggakan hasil melebihi RM200 juta yang belum diserahkan kepada kerajaan.

Tunggakan itu membabitkan wang yang dikutip daripada pelanggan bagi urusan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan pembayaran saman trafik.

Akhbar The Straits Times yang memetik dokumen rasmi melaporkan tunggakan berkenaan dikesan sejak kontrak tiga tahun Zetrix AI dengan JPJ bermula pada Mei 2023.

Zetrix AI, yang sebelum ini dikenali sebagai MYEG Services Bhd, menyediakan perkhidmatan dalam talian kerajaan termasuk urusan berkaitan JPJ sejak 2000.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun