Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sungai Besi Land, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika lawatan ke Kuarters TUDM Sungai Besi, di sini, hari ini.

“Saya telah meminta Tan Sri Hassan dan Datuk Bandar, (serta) Hannah Yeoh untuk menyegerakan pemulihan untuk kita sediakan rumah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kuarters TUDM Sungai Besi, di sini, hari ini.

Pembangunan Tanah Rizab Melayu seluas 20.23 hektar di Bandar Malaysia itu dirancang selaras dengan visi kerajaan untuk mentransformasi kawasan berkenaan menjadi hab perniagaan antarabangsa yang rancak.

Strategi pembangunan berkenaan turut menekankan model bandar yang seimbang dan inklusif menerusi penggabungan zon kediaman berkelompok berhampiran kemudahan komuniti utama seperti masjid, selain pembangunan bersepadu berteraskan prinsip Malaysia MADANI.

Pelan itu juga bertujuan menjadikan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan budaya dengan mengetengahkan warisan Melayu, selain mengintegrasikan elemen ekonomi, sosial dan budaya dalam pelan induk keseluruhan.

Sementara itu, Ketua KLCC Development Sdn Bhd, Wan Shamilah Wan Muhammad Saidi berkata, projek berkenaan membabitkan kerja pengubahsuaian dua blok pangsapuri yang asalnya disediakan untuk anggota TUDM, masing-masing mempunyai 80 unit kediaman.

“Ini lawatan Perdana Menteri untuk meninjau plot pertama Tanah Rizab Melayu di Sungai Besi Land. Kami mempunyai komitmen seluas 20.23 hektar, dan ini adalah 4.05 hektar yang pertama,” katanya.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, fasa pertama pembangunan itu akan menyediakan 160 unit kediaman dengan purata keluasan 1,267.8 kaki persegi seunit, yang menyasarkan golongan profesional muda Melayu di Kuala Lumpur.

Bagi memastikan pelaksanaan dan reka bentuk pembangunan mencapai piawaian tertinggi, projek berkenaan dikawal selia Jawatankuasa Pemandu Sungai Besi Land.

Pemilihan pelan induk pula dilaksanakan menerusi pertandingan reka bentuk antarabangsa dua peringkat dengan penilaian oleh Juri Induk Antarabangsa yang dianggotai 15 ahli.

Panel berkenaan menggabungkan kepakaran antarabangsa dan pemahaman terhadap konteks tempatan, dipengerusikan Mohd Hassan serta turut dianggotai Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, selain wakil utama sektor swasta dan awam.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan