Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati ramalan apabila meraih pingat emas acara keirin pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, hari ini, 16 tahun selepas memenangi emas pertamanya di pentas temasya itu.

Azizulhasni menggunakan pengalaman dimilikinya untuk memintas pelumba China, Li Zhiwei di garisan penamat sekali gus memastikan kemenangan, lapor Bernama.

Xie Han dari China menduduki tempat ketiga, manakala rakan sepasukan Azizulhasni, Shah Firdaus Sahrom di tempat kelima pada perlumbaan akhir di Velodrom Izu, Shizuoka.

Ia adalah pingat emas ketiga Azizulhasni dalam karier Sukan Asia selepas muncul juara acara pecut individu lelaki di Indonesia 2018 dan memenangi emas keirin di Guangzhou 2010.

Terdahulu, pelumba berusia 38 tahun itu memenangi saringan separuh akhir, hari ini, menamatkan perlumbaan di depan Minato Nakaishi (Jepun) dan Yung Tsun Ho dari Hong Kong yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Shah pula menduduki tempat ketiga dalam kumpulan separuh akhirnya di belakang dua pelumba China, Xie Han dan Li Zhiwei, yang mengungguli perlumbaan berkenaan.

Walaupun usia semakin meningkat, Azizulhasni berada dalam prestasi terbaik musim ini apabila memenangi emas keirin pada Sukan Komanwel Glasgow, Ogos lalu, selain meraih dua pingat emas keirin pada siri Piala Dunia UCI awal tahun ini.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun