RM500,000 diperuntukkan naik taraf kemudahan Kampung Limpaku

LIMBANG – Sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan awam di Kampung Limpaku menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, peruntukan berkenaan antaranya digunakan bagi kerja-kerja membaik pulih serta menaik taraf dewan kampung, selain beberapa infrastruktur lain yang dikenal pasti memerlukan penambahbaikan demi keselesaan penduduk.

Beliau berkata, usaha berkenaan penting bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk, khususnya dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan, program pembangunan setempat serta kegiatan melibatkan belia.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati melihat perkembangan kerja-kerja baik pulih dewan dan beberapa infrastruktur lain di Kampung Limpaku yang dilaksanakan menerusi peruntukan Kampung Angkat MADANI.

“Peruntukan sebanyak RM500,000 ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk serta meningkatkan kemudahan asas di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja untuk meninjau perkembangan projek berkenaan di Kampung Limpaku, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan, Kampung Limpaku merupakan antara kampung yang masih belum mempunyai akses jalan raya yang sempurna, sekali gus menjadi cabaran utama kepada penduduk dari aspek perhubungan dan mobiliti.

Bagaimanapun, menurut beliau, perkembangan positif dapat dilihat apabila projek pembinaan jalan yang menghubungkan kampung berkenaan kini sedang rancak dilaksanakan.

Projek infrastruktur tersebut yang membabitkan kos kira-kira RM200 juta dijangka membawa perubahan besar kepada landskap sosioekonomi penduduk setempat apabila siap sepenuhnya kelak.

“Alhamdulillah, walaupun sebelum ini Kampung Limpaku antara kampung yang masih belum mempunyai akses jalan raya, kini pembinaan jalan ke kawasan ini sudah berada dalam proses pelaksanaan.

“Projek yang menelan belanja kira-kira RM200 juta ini tentunya amat besar maknanya kepada penduduk kerana apabila siap nanti, ia akan memberikan akses perhubungan yang lebih baik dan selamat,” katanya.

Tambah beliau, kewujudan jaringan jalan raya yang efisien bukan sahaja memudahkan pergerakan harian penduduk, malah berpotensi membuka lebih banyak peluang penjanaan pendapatan bagi masyarakat setempat.

Terdahulu, dalam lawatan tersebut, Hasbi turut diberikan taklimat mengenai status terkini projek serta keperluan tambahan yang dikenal pasti bagi memastikan peruntukan Kampung Angkat MADANI direalisasikan dengan optimum.

Related Posts

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KANGAR – Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama di Perlis akan memberi tumpuan kepada bangunan asrama terlebih dahulu bagi mempertingkatkan aspek pengawasan dan keselamatan pelajar. Pengarah Pendidikan Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis