Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki berumur 26 dan 30 tahun itu tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu, lapor Bernama.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Zhi Qian dan Hardave Singh Baldeb Singh, yang mencadangkan tiada jaminan ditawarkan kerana kedua-dua warga asing itu tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di Malaysia.

Hakim Siti Hajar Mustaffa kemudian menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan kes bagi membolehkan jurubahasa Myanmar hadir ke mahkamah.

Mahkamah turut tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan.

Sebelum ini, seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 40 tahun dilaporkan cedera parah dipercayai dipukul dua lelaki Myanmar selepas menegur mereka membuat bising di Kampung Pamah Kulat, di sini pada 25 Sept lepas.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob dilaporkan berkata anggota berkenaan bertindak demikian selepas menerima aduan daripada penduduk tentang suspek yang disyaki mabuk memasang pembesar suara dengan kuat di tepi jalan.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun