Kerajaan Nepal sedia bantu Malaysia kesan 54 rakyat hilang – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Nepal bersedia memberikan kerjasama penuh bagi membantu Malaysia menentukan nasib 54 rakyat negara ini yang masih hilang susulan bencana banjir glasier di negara itu pada 26 Ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui rakan sejawatnya dari Nepal, Balendra Shah, dalam perbincangan mereka baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama itu penting bagi mempercepatkan usaha mendapatkan kepastian mengenai nasib rakyat Malaysia terbabit, sekali gus membolehkan keluarga mereka mengetahui perkembangan terkini.

Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, sudah diminta mengambil tindakan lanjut, termasuk meneliti keperluan mengemukakan permohonan kepada mahkamah.

“Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri (Nepal) dan beliau bersedia memberikan segala kerjasama. Kita sudah minta Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) untuk mengambil tindak lanjut perkara ini.

“Mereka ada undang-undang mereka dan kita ada undang-undang kita. Tempoh yang terpakai ialah enam atau tujuh tahun, manakala mereka tiga tahun.

“Namun, kita masih boleh memohon kepada mahkamah dan beliau (Shah) berkata akan memberikan segala kerjasama yang diperlukan untuk memudahkannya supaya keluarga mendapat keputusan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang berjaya ditemukan dalam keadaan selamat dan tiba di Malaysia pagi tadi.

Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH) memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada Wisma Putra mengenai penemuan lelaki berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan hadir di Kedutaan Malaysia di Kathmandu, semalam, selepas terputus hubungan ketika terkandas di kawasan Nagthali.

Dia yang mengembara bersendirian di Nepal berada di kawasan berkenaan pada 25 Ogos, sehari sebelum bencana banjir melanda.

Bagaimanapun, dia terkandas untuk beberapa tempoh berikutan kehilangan akses komunikasi dan kerosakan infrastruktur sebelum berjaya keluar menuju ke Kedutaan Malaysia.

Penemuan itu menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang masih belum diketahui nasib mereka berkurangan daripada 55 kepada 54 orang.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun