ECRL lulus ujian bawah 90 minit dari KotaSAS ke Gombak

KUANTAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berada pada landasan baik untuk dibuka kepada orang ramai seawal Disember ini, susulan keputusan positif ujian dan pentauliahan tren yang sedang dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pihaknya kini bersedia untuk bergerak ke fasa seterusnya selepas ujian yang dilaksanakan menunjukkan keputusan positif.

Bagaimanapun, katanya, pembukaan kepada orang ramai masih tertakluk kepada keputusan dan pengumuman rasmi kerajaan.

“Hasrat kita untuk menyahut saranan kerajaan untuk membuka ECRL kepada orang ramai pada bulan Disember. Setakat ini berada pada landasan yang baik.

“Keputusan-keputusan pengujian dan pentauliahan tren kita telah diperoleh dan mendapat keputusan yang positif untuk kita bergerak ke arah tersebut,” katanya, seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian selepas menyertai perjalanan Comprehensive Inspection Train (CIT) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Kerajaan Pahang serta wakil kerajaan negeri dari KotaSAS ke Gombak, petang semalam.

Perjalanan itu mengambil masa hanya 88 minit.

Menurut beliau, tempoh perjalanan berkenaan menepati sasaran ditetapkan sebelum ini iaitu sekitar 90 minit bagi perjalanan antara KotaSAS dan Gombak.

“Alhamdulillah, tempoh perjalanan dapat kita saksikan sendiri bagaimana kita telah sampai di Gombak dari KotaSAS selama 88 minit.

“Ini tentunya seperti mana yang telah kita war-warkan sebelum ini iaitu tempoh perjalanan dari KotaSAS ke Gombak ataupun Gombak ke KotaSAS selama 90 minit,” katanya.

Dalam pada itu, Darwis memaklumkan, kerjasama berterusan antara Kerajaan Pahang dan pihak berkuasa tempatan amat penting bagi memastikan pembukaan ECRL kepada orang ramai dapat dilaksanakan dengan lancar serta mengikut ketetapan.

Mengulas mengenai CIT, beliau menjelaskan tren berkenaan digunakan untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh serta mengumpul data secara masa nyata berkaitan keadaan landasan, sistem talian elektrik atas kepala (OCS) dan sistem persinyalan.

Katanya, tren penumpang ECRL pula akan dilengkapi kemudahan asas seperti kafe dan surau.

“CIT ini mempunyai peralatan khusus termasuk komputer, sensor dan bilik mesyuarat bagi tujuan pemeriksaan serta pengujian,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun