Pemasangan CCTV di SK Riam Batu 2 selesai, 12 sekolah di Miri terima manfaat

MIRI – Pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Sekolah Kebangsaan (SK) Riam Batu 2 selesai dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar dan warga pendidik.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, pemasangan sistem itu merupakan inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri sejak tahun lalu bagi memastikan sekolah di kawasan terbabit dilengkapi aspek keselamatan yang mencukupi.

Menurut beliau, setakat tahun ini, sebanyak 12 buah sekolah termasuk SK Riam Batu 2 telah terlibat dalam program pemasangan CCTV berkenaan.

“Usaha ini penting bagi mencegah sebarang insiden yang tidak diingini serta memberi ketenangan kepada ibu bapa dan guru.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan setiap sekolah di Miri mempunyai tahap keselamatan yang baik demi masa depan anak-anak. Kita akan meneruskan projek ini bagi memastikan sekolah-sekolah di kawasan ini dilengkapi dengan CCTV demi keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, sistem CCTV tersebut membolehkan pemantauan dilakukan dengan lebih menyeluruh di sekitar kawasan sekolah, termasuk di lokasi yang agak terpencil.

Langkah itu, tambahnya, dilihat dapat membantu membendung kes buli dalam kalangan pelajar selain meningkatkan aspek pencegahan terhadap kejadian jenayah di dalam kawasan premis sekolah.

Terdahulu dalam lawatannya baru-baru ini, Guru Besar SK Riam Batu 2, Zahirul Jazmi Sayom Abdullah turut membawa Chiew meninjau sistem CCTV yang telah siap dipasang di beberapa lokasi strategik.

Susulan itu, beliau berharap kerjasama antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat dapat terus diperkukuh bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kondusif.

Tegasnya, usaha berkenaan adalah selari dengan aspirasi gagasan Malaysia MADANI yang memberi penekanan terhadap kesejahteraan, keselamatan serta pembangunan insan secara holistik.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun