Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Oleh: Eveline B & Nana Mohamad

SIBU – Pendidikan kesihatan perlu dipupuk sejak usia muda bagi membentuk generasi yang berilmu serta mengamalkan budaya hidup sihat sehingga ke alam dewasa.

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Siti Suryani Jarmi berkata, institusi sekolah merupakan platform utama untuk merealisasikan matlamat tersebut secara berterusan.

“Budaya hidup sihat yang dibentuk sejak di bangku sekolah berpotensi menjadi amalan yang dibawa sehingga ke alam dewasa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Bahagian Sibu 2026 di SMK Methodist Sibu, pada Rabu.

Menurut Siti Suryani, usaha menjaga kesihatan tidak seharusnya dilakukan hanya apabila seseorang mula mengalami simptom penyakit, sebaliknya langkah pencegahan perlu dijadikan rutin seharian.

“Antara cabaran kesihatan yang dihadapi masyarakat kini ialah pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, merokok dan isu kesihatan mental.

“Pendekatan kesihatan pada masa kini tidak boleh bergantung kepada sektor kesihatan semata-mata kerana ia merupakan tanggungjawab bersama,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, semua pihak termasuk kerajaan, institusi pendidikan, keluarga, komuniti, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai peranan dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat.

Justeru, beliau menggesa golongan pelajar supaya menjaga pemakanan, aktif bersenam, mementingkan kebersihan, mendapatkan tidur yang mencukupi serta menjauhi rokok dan rokok elektronik (vape).

Majlis berkenaan turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan berkaitan kesihatan, sebelum diteruskan dengan sesi lawatan ke reruai pameran.

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jackery Hillary Chukan dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Sibu, Suriati Saperi.

Related Posts

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

KUCHING – Insiden khianat membaling api dan membakar kedai serbaneka di Sarawak disahkan berpunca daripada perebutan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan tambah nilai (top-up) bagi perjudian dalam talian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar