Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

KOTA KINABALU – Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027 diharap sekurang-kurangnya dikekalkan pada kadar semasa atau ditingkatkan berdasarkan kemampuan kewangan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, keperluan pembangunan rakyat di kedua-dua negeri perlu terus diberi perhatian dalam penyediaan belanjawan berkenaan.

“Saya berharap Belanjawan kali ini mengambil kira keperluan rakyat Sabah terutama dari segi dana pembangunan.

“Kita mahu supaya dana pembangunan ini kekal seperti sekarang dan kalau boleh ditingkatkan mengikut kemampuan kewangan negara,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku The Transformative Integrated Living Lab (TILL): From Philosophy to Practice Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2026 di sini, pada Sabtu.

Menurut Mustapha, pihaknya memahami kekangan kerajaan dalam menentukan kadar peruntukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara serta ketidaktentuan ekonomi global.

Namun, katanya, keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak perlu terus diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan momentum pembangunan di kedua-dua negeri dapat dikekalkan.

Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada awal Oktober ini.

Related Posts

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

PAPAR – Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat hampir dua kali ganda daripada 160 kepada 300 murid susulan siapnya projek pembinaan blok baharu bernilai RM18.23 juta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

KOTA KINABALU – Lapan laluan perkhidmatan Bas.My (Bas Pink) di Kota Kinabalu akan dijajar semula bagi memperluas liputannya kepada sekurang-kurangnya 70 peratus laluan utama dalam kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM