Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Pendekatan Living Lab yang menggabungkan kepakaran universiti dengan kearifan tempatan berpotensi menjadi model pembangunan komuniti di Sabah dan Sarawak serta diperluaskan sebagai rujukan di peringkat nasional dan ASEAN.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, pendekatan itu relevan dengan keperluan kedua-dua negeri yang mempunyai realiti geografi, logistik, budaya dan cabaran sosioekonomi tersendiri.

“Pembangunan di Sabah dan Sarawak tidak boleh lagi diuruskan melalui pendekatan one-size-fits-all atau perancangan dari atas ke bawah semata-mata.

“Sebaliknya, kita memerlukan penyelesaian rintis yang mengambil kira realiti geografi, logistik dan budaya masyarakat setempat,” katanya ketika merasmikan pelancaran buku The Transformative Integrated Living Lab (TILL): From Philosophy to Practice sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Sabtu.

Menurut Mustapha, menerusi pelaksanaan Living Lab, komuniti termasuk nelayan pesisir, petani tanah tinggi dan penduduk di kawasan pedalaman tidak lagi sekadar menjadi subjek kajian atau penerima bantuan.

“Mereka ini berperanan sebagai rakan pencipta bersama pakar universiti dengan kearifan tempatan dan warisan peribumi turut diiktiraf sebagai sumber ilmu dalam merangka penyelesaian terhadap sesuatu isu.

“Pendekatan ini boleh digunakan dalam menangani pelbagai cabaran termasuk pengurusan sisa pertanian, keterjaminan makanan, peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui di luar bandar serta pemeliharaan biodiversiti.

“Pendekatan proaktif sebegini amat bertepatan dengan aspirasi untuk terus menjadikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai The Brain of Borneo, sebuah institusi yang menjuarai penyelidikan translasi berimpak tinggi.

“Ini juga teras kepada hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, memastikan limpahan ekonomi dirasai di setiap pelosok Borneo, sekali gus menjadikan inisiatif berpaksikan komuniti di Sabah dan Sarawak sebagai model rujukan di peringkat nasional mahupun rantau ASEAN,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, penerbitan buku berkenaan membolehkan pengalaman dan hasil pelaksanaan Living Lab UMS didokumentasikan serta dikongsi dengan universiti lain dan diperkenalkan di peringkat antarabangsa.

“Buku ini juga mampu memperkenalkan Sabah dengan lebih luas menerusi kekayaan biodiversiti serta mengetengahkan bagaimana hasil penyelidikan universiti diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada masyarakat.

“Saya berharap buku ini tidak hanya menjadi bahan akademik, sebaliknya digunakan sebagai rujukan mahasiswa, ahli akademik, agensi kerajaan, pelabur, badan bukan kerajaan (NGO) dan pembuat dasar.

“Kita mahu melihat lebih banyak Living Lab berskala mikro mahupun makro dilahirkan di Sabah dan Sarawak selepas ini,” katanya.

Buku terbitan Penerbit UMS tersebut merupakan hasil cetusan idea, kajian lapangan dan penulisan komprehensif Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS Prof Ir Dr Rosalam Hj Sarbatly.

Turut hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Foto: Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Related Posts

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

PAPAR – Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat hampir dua kali ganda daripada 160 kepada 300 murid susulan siapnya projek pembinaan blok baharu bernilai RM18.23 juta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

KOTA KINABALU – Lapan laluan perkhidmatan Bas.My (Bas Pink) di Kota Kinabalu akan dijajar semula bagi memperluas liputannya kepada sekurang-kurangnya 70 peratus laluan utama dalam kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun