Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

KOTA KINABALU – Baki RM900 juta daripada Pemberian Khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah dijangka dibayar sekali gus sebelum hujung tahun ini selepas proses berkaitan di Parlimen dan pewartaan selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, Sabah sebelum ini sudah menerima RM600 juta, manakala tambahan RM900 juta akan menjadikan keseluruhan pembayaran bagi tahun ini sebanyak RM1.5 bilion.

“RM600 juta sudah dibayar dan diwartakan. Sekarang ini ditambah RM900 juta untuk menjadikannya RM1.5 bilion.

“RM900 juta itu akan dibayar sekali gus dan kita jangka pembayaran dapat dibuat sebelum hujung tahun,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku The Transformative Integrated Living Lab (TILL): From Philosophy to Practice Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2026 di sini, pada Sabtu.

Menurut Mustapha, pengumuman kenaikan jumlah berkenaan perlu melalui proses sewajarnya termasuk dibawa ke Parlimen sebelum diwartakan selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

“Apabila telah diumumkan Perdana Menteri, perkara tersebut perlu dibawa ke Parlimen dan selepas itu melalui proses pewartaan.

“Selepas proses itu selesai, pembayaran boleh disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Tambah Mustapha, kadar RM1.5 bilion itu merupakan pembayaran interim dan ditetapkan bagi tempoh lima tahun, namun masih tertakluk kepada semakan sekiranya terdapat permintaan atau persetujuan baharu antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Tambahnya lagi, berdasarkan kadar berkenaan, Kerajaan Persekutuan menyediakan RM7.5 bilion bagi tempoh lima tahun, namun jumlah tahunan masih boleh disemak menerusi proses rundingan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan Pemberian Khas interim Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sementara rundingan mengenai tuntutan 40 peratus hasil negeri dimuktamadkan.

Untuk rekod, Kerajaan Sabah menerima RM600 juta daripada bayaran interim Pemberian Khas pada 12 Jun lalu dan telah memohon supaya baki RM900 juta daripada keseluruhan RM1.5 bilion disalurkan dalam tahun ini.

Foto: Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Related Posts

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

PAPAR – Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat hampir dua kali ganda daripada 160 kepada 300 murid susulan siapnya projek pembinaan blok baharu bernilai RM18.23 juta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

KOTA KINABALU – Lapan laluan perkhidmatan Bas.My (Bas Pink) di Kota Kinabalu akan dijajar semula bagi memperluas liputannya kepada sekurang-kurangnya 70 peratus laluan utama dalam kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM