Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

BATU PAHAT – Seramai 14 penumpang berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di Kilometer 137 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1.37 petang itu, kesemua penumpang bersama seorang pemandu berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak dan memusnahkan sebahagian besar bas berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Amier Syah Hamzah berkata, operasi pemadaman melibatkan sembilan anggota bomba dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi, didapati benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah bas yang sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Lapangan Terbang Subang.

“Kebakaran berlaku ketika bas sedang bergerak dan dianggarkan kira-kira 80 peratus kenderaan itu musnah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak lebih jauh.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan keadaan dipastikan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.48 petang,” katanya.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut kerana semua penumpang dan pemandu sempat keluar dari kenderaan sebelum api marak.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills