Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Maldives terus sehaluan dalam mempertahankan hak rakyat Palestin, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu Palestin kekal antara perkara yang dekat di hati kedua-dua negara, selain menjadi antara isu utama yang menyaksikan kesamaan pendirian dasar luar Kuala Lumpur dan Malé.

Beliau berkata, Malaysia turut menghargai pendirian Presiden Maldives, Mohamed Muizzu, serta kerajaan negara itu yang konsisten menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Dekat di hati kita, sudah tentu, isu Palestin dan pengabaian sepenuhnya moral dan keadilan di Gaza.

“Pembunuhan dan pemusnahan setiap hari diterima oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi di tempat lain,” katanya pada sidang media bersama Muizzu di Maldives, semalam.

Anwar berkata, Malaysia akan terus melakukan yang terbaik untuk membantu Palestin, termasuk menyuarakan pendirian berhubung keadilan dan hak rakyat negara itu di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Muizzu berkata Maldives dan Malaysia kekal bersatu dalam menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan memiliki sebuah negara yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Di pentas antarabangsa, Maldives dan Malaysia terus berdiri bersama, bersatu dengan nilai Islam yang dikongsi dan komitmen bersama kami terhadap keadilan, keamanan dan maruah insan,” katanya.

Muizzu berkata, kesamaan pendirian kedua-dua negara dalam isu Palestin turut mencerminkan komitmen bersama terhadap prinsip keadilan, keamanan dan penghormatan terhadap maruah manusia.

Lawatan rasmi Anwar selama dua hari ke Maldives yang bermula Isnin lalu turut memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara yang terjalin sejak 1968, selain memperluas kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan