Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM

MALÉ (MALDIVES) – Malaysia komited memperkukuh kerjasama dengan Maldives dalam bidang pendidikan dan kesihatan, termasuk menyelesaikan segera isu birokrasi yang membabitkan pelajar negara berkenaan di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, lebih 2,000 pelajar Maldives kini menuntut di institusi pendidikan Malaysia, mencerminkan keyakinan negara itu terhadap sistem pendidikan negara.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia perlu memastikan kebajikan dan kemudahan pelajar berkenaan, termasuk ibu bapa yang menemani mereka, diberi perhatian sewajarnya.

“Kita perlu membalas kemudahan itu,” katanya pada sidang media bersama Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau sudah membincangkan beberapa isu birokrasi peringkat awal dengan rakan Kabinet dan akan berusaha mencari penyelesaian pada mesyuarat Kabinet akan datang.

“Saya tidak fikir ia berkaitan perbezaan dasar. Kita tidak mempunyai masalah dengan rakyat Maldives yang tinggal, bekerja atau belajar di Malaysia.

“Jadi, saya fikir kita akan menunjukkan perkara ini dan memberikan respons positif,” katanya.

Dalam bidang kesihatan pula, Anwar berkata, Malaysia bersedia memperkukuh kerjasama termasuk dalam aspek kesihatan mental dan sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, pendekatan itu selari dengan kerangka ekonomi MADANI yang memberi penekanan terhadap nilai belas kasihan, penjagaan dan sokongan.

“Saya tidak percaya isu ini tidak boleh diselesaikan kerana ia sebahagian daripada falsafah nasional kita,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kes yang terbabit juga agak kecil dan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kedua-dua negara untuk mencari penyelesaian praktikal dengan segera.

Sementara itu, Muizzu berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan Maldives sejak sekian lama, termasuk menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Beliau merakamkan penghargaan terhadap sokongan berterusan Malaysia selain usaha memperluas peluang biasiswa pendidikan tinggi kepada pelajar Maldives.

“Kami bersetuju untuk berusaha meningkatkan kemudahan visa, memperluas peluang biasiswa dan melaksanakan inisiatif penyelidikan bersama,” katanya.

Muizzu berkata, kedua-dua negara turut bersetuju memperkukuh kerjasama institusi antara institusi pengajian tinggi masing-masing.

Katanya, kedua-dua pihak turut membincangkan langkah praktikal bagi menangani cabaran yang dihadapi pelajar Maldives serta pesakit yang mendapatkan rawatan kesihatan khusus di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Muizzu berkata pelancongan kekal menjadi jambatan penting yang menghubungkan rakyat kedua-dua negara.

Katanya, Maldives dan Malaysia bersetuju memperdalam kerjasama dalam promosi pelancongan, industri halal, pertukaran budaya dan pelancongan mesra Muslim.

“Kami juga akan bekerjasama meningkatkan aliran pelancongan antara kedua-dua negara serta mempromosikan ekopelancongan mampan, sekali gus mewujudkan peluang lebih besar untuk hubungan rakyat dengan rakyat serta aktiviti ekonomi yang saling menguntungkan dalam perdagangan dan pelaburan.

“Kami meneroka laluan konkrit untuk memperluas kerjasama ekonomi. Yang penting, kami bersetuju memulakan rundingan bagi perjanjian perdagangan keutamaan yang berpotensi membuka peluang baharu kepada perniagaan di kedua-dua negara,” katanya.

Muizzu berkata, lawatan Anwar mengukuhkan lagi hubungan diplomatik Malaysia-Maldives yang sudah terjalin selama 58 tahun, selain membalas kunjungan rasmi beliau ke Malaysia pada April 2025.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills