UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara kepada golongan mahasiswa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan itu menjadi salah satu tunjang kerajaan dipertahankan parti itu  bagi memastikan anak-anak muda di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak lagi dikekang dalam menyuarakan idea, pandangan serta perjuangan mereka.

Sehubungan itu, beliau memberi sokongan padu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah pimpinan Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, untuk memudah cara proses berkenaan di peringkat universiti.

“Saya setuju dengan beliau (Zambry), kita tidak mahu AUKU (menyekat suara mahasiswa), kita tidak mahu anak-anak muda dikekang idea, perasaan serta perjuangan mereka. Zambry, lakukanlah yang terbaik untuk anak-anak kita di universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU2026) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Sokongan UMNO itu selaras dengan pendirian Perdana Menteri yang sebelum ini mengumumkan komitmen kerajaan untuk memansuhkan akta berkenaan bagi mengangkat martabat serta kebebasan akademik mahasiswa tempatan.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU secara menyeluruh  dan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang sekadar mahu meminda peruntukan undang-undang berkenaan.

Beliau yang memaklumkan perkara itu ketika Kongres Nasional Keadilan 2026 memaklumkan, langkah tersebut bagi menjamin kebebasan hakiki mahasiswa dan memastikan tiada lagi undang-undang baharu yang diperkenalkan untuk mengongkong pergerakan golongan itu di kampus.

Dalam pada itu, Exco Puteri UMNO, Nor Zakiah Azmi memaklumkan, pendirian yang diangkat oleh Ahmad Zahid membuktikan parti memberi perhatian terhadap suara serta pandangan golongan muda yang menjadi antara kelompok penting dalam menentukan masa depan negara.

Menurut beliau, suara anak muda pada masa kini semakin penting dalam mencorakkan hala tuju negara, termasuk dalam menentukan pembentukan kerajaan dan kepimpinan politik.

“Memang UMNO telah menyokong apa yang dikatakan sebab kena ingat, dalam negara kita ni anak muda adalah suara utama yang menentukan negara itu bagaimana kita melihat hari ini apa yang terjadi membentuk kerajaan dan sebagainya adalah suara anak muda. Dan alhamdulillah, di mana pun dan apa pun parti yang nak melahirkan pemimpin dan sebagainya, tercetusnya suara anak muda. 

“Begitu juga UMNO, kita dalam UMNO itu sendiri banyak meremajakan parti itu sendiri. Alhamdulillah, apa yang dibuat oleh mana-mana parti terutamanya parti saya sendiri, UMNO, kita banyak mendengar keluh-kesah anak muda untuk meningkatkan kemajuan negara itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Sementara itu, pelajar Sekolah Patriotik UMNO, Elyas Shahbudin, turut menyambut baik pendirian Ahmad Zahid yang menyokong pemansuhan AUKU, khususnya dalam memberi ruang kepada mahasiswa untuk menyampaikan pandangan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pemansuhan akta berkenaan perlu disertai peruntukan atau undang-undang baharu yang lebih terperinci bagi memastikan kebebasan mahasiswa dilaksanakan secara bertanggungjawab.

Katanya, kebebasan bersuara perlu disertai perlindungan serta garis panduan yang jelas supaya kepentingan mahasiswa terus terpelihara selepas AUKU dimansuhkan.

“Sebab itu saya menyokong kata-kata Datuk Seri Presiden sendiri, untuk memberi kebebasan suara namun AUKU ini haruslah ada perkara yang lengkap sebelum dimansuhkan. Semestinya sesuatu undang-undang itu dimansuhkan, ia harus dilengkapi dengan undang-undang yang lebih terperinci,” katanya.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63