Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin berkata, langkah itu dapat memastikan sebarang perubahan besar terhadap asas negara mendapat persetujuan luas, termasuk penyertaan Sabah dan Sarawak.

“Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan bersetuju secara prinsip untuk meningkatkan jumlah serta peratusan kerusi Parlimen bagi kedua-dua wilayah itu adalah langkah pertama yang amat signifikan.

“Langkah ini selaras dengan semangat mengembalikan keseimbangan dalam perkongsian kuasa Persekutuan Malaysia.

“Sabah dan Sarawak memerlukan perwakilan Parlimen yang mencukupi sebagai benteng Perlembagaan terhadap sebarang cubaan majoriti politik sementara untuk mengubah secara sepihak watak asas Persekutuan,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Chan, ketika Malaysia dibentuk pada 1963, Tanah Melayu mempunyai 104 daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen, manakala Sabah, Sarawak dan Singapura secara kolektif memegang 55 kerusi.

“Susunan berkenaan menyebabkan Tanah Melayu tidak mempunyai majoriti dua pertiga secara bersendirian untuk meluluskan pindaan besar terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun keadaan berubah selepas Singapura keluar daripada Malaysia, perlindungan di sebalik susunan asal itu masih relevan, khususnya ketika politik negara semakin terpolarisasi mengikut kaum, agama dan wilayah,” kongsinya.

Tambah Chan, Sabah dan Sarawak sejak sekian lama mewakili tradisi kepelbagaian budaya, kesederhanaan beragama serta kehidupan bersama yang kukuh dalam negara.

“Suara Sabah dan Sarawak yang lebih kuat di Parlimen dapat membantu memelihara sifat persekutuan, kepelbagaian budaya dan kesederhanaan yang menjadi asas pembentukan Malaysia.

“Cadangan mengembalikan kira-kira satu pertiga perwakilan Parlimen kepada Sabah dan Sarawak wajar diberikan pertimbangan serius,” tegasnya.

Tambahnya lagi, langkah seterusnya perlu melibatkan perbincangan mendalam antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan Sabah dan Sarawak, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta semua pihak berkepentingan politik.

“Pilihan raya, kerajaan dan gabungan politik akan silih berganti, tetapi watak asas Malaysia perlu dilindungi melangkaui keadaan politik dalam mana-mana pilihan raya.

“Masa depan bersama perlu dibentuk secara bersama. Tiada satu wilayah, gelombang politik atau majoriti sementara sepatutnya mentakrifkan semula Malaysia tanpa persetujuan luas semua komponen utama Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju pada prinsipnya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penyertaan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak ditambah melebihi nisbah perwakilan yang ada ketika ini, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil 1 Tahun 2026, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun