MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak sahaja.

Beliau berkata, pendekatan itu penting supaya perbincangan mengenai MA63 tidak perlu dilihat sebagai agenda khas Sabah dan Sarawak setiap tahun, sebaliknya sebagai sebahagian daripada komitmen negara terhadap pembangunan, kestabilan dan janji pembentukan Malaysia.

“Kita kena ajak rakyat Malaysia ini tidak bicara soal kaum dia sahaja ataupun parti dia sahaja atau kelompok dia tetapi bicara sebagai ini satu wacana untuk memberikan keutuhan kepada negara.

“Jadi saya sangat terharu kerana sidang ini kita jelaskan betul-betul. Ini adalah komitmen nasional, dasar nasional. Bila kita tambah banyak peruntukan ataupun 112 ini kepada Sarawak dan Sabah.

“Dalam konteks ini, di Semenanjung jangan dipikirkan, ini satu pertimbangan khas kepada Sarawak,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil 1 Tahun 2026, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas semangat serta komitmen dalam memastikan isu berkaitan MA63 terus diberi perhatian.

“Saya harap kawan-kawan di Semenanjung pun terima dan Sabah Sarawak pun terima. ‘National policy, national commitment and national narrative’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju menambah segera peruntukan kepada Sabah kepada RM1.5 bilion mulai tahun ini sebagai langkah interim, sementara rundingan berhubung penyelesaian hak negeri itu diteruskan.

Menurut beliau, peningkatan berkenaan perlu mengambil kira kedudukan kewangan negara, termasuk supaya jumlah yang ditetapkan tidak terlalu kecil sehingga boleh dipertikai.

“Tapi kalau peningkatannya kecil, itu mungkin dipertikai. Jadi kita tunggu Belanjawan Parlimen bulan Oktober untuk kemudian menetapkan kertas dan kemudian menyerahkan jumlah RM1.5 bilion itu pada tahun ini juga mungkin akhir Oktober atau awal November,” ujarnya.

Related Posts

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

PUTRAJAYA  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Bahagian Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak