Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ‘salut’ sebagai tanda penghargaan kepada seluruh petugas yang telah mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, di sini hari ini.

Anwar berkata, penghargaan kepada anggota keselamatan, penjawat awam, pasukan teknikal dan perubatan, petugas kebersihan, para kontijen, pengguat seni, warga media hinggalah anak-anak dan para sukarelawan.

“Setiap daripada kalian telah memainkan peranan bermakna dalam memastikan sambutan ini berlangsung dengan tertib, meriah dan penuh jiwa merdeka,” katanya menerusi Facebooknya.

Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sanggup berkampung di Putrajaya sejak semalam demi bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.

“Inilah semangat kebersamaaan yang kita tambakan, berhimpun dalam satu tekad, meraikan kemerdekaan dan memperkukuhkan perpaduan,” ujarnya.

Menurutnya, semangat, disiplin dan kebersamaan yang ditampilkan mencerminkan wajah sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh kerana rakyatnya bersatu dan saling melengkapi.

Terdahulu, Anwar menyatakan beliau bersama ribuan rakyat menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dalam suasana yang membanggakan serta rasa kasih dan cinta pada tanah air, di sini awal pagi tadi.

“Kemerdekaan yang direbut dan diwariskan para pejuang dan leluhur bangsa tidak semata untuk diingati dan dikenang tetapi mesti terus diisi dan disempurnakan dengan keberanian membina negara yang lebih adil, sejahtera dan saksama untuk semua.

“Selamat Hari Kebangsaan kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Merdeka!,” katanya.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana